Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts
Tuesday, May 26, 2009

Hidup mau balance beb!

Kalu entry yg sebelum ini adalah gambor2 pujaan bintang bola sepak, nah ini dia ade lah sikit gambo2 ulama' kiter, dan ini baru pujaan sebenor sebab ulama' pewaris nabi.. Memang role model kita adalah Rasululllah sebab semua perkara baik dari sisi luaran dan dalaman yg termolek dan tercantik adalah dari nabi kita (mari pakat selawat)..

Walaubagaimanapun, kasihlah ulama' kerana mereka ini golongan yg berilmu, mereka ini ibarat lilin yg membawa sinar kepada org yg mendekatinya. amek ah gambor2 ini untuk dijadikan penyejuk mata kat blog atau komputer anda... sekadar berkongsi utk kebaikan.... Bukan utk menghina dan mencaci malah memfitnah pulok, Allah taw siapa yg benar dan siapa yg saloh, Allah Maha Melihat...


Dan di sini, aku ade sisip kan jugok cerita ulama' nusantara serba sedikit buat pengetahuan semua....

Saiyid Abdullah Az-Zawawi Mufti Syafi'iyah Mekah
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

RUANGAN Agama Utusan Malaysia minggu lalu telah memperkenalkan seorang
ulama Arab yang berasal dari Libya yang sangat besar jasanya terutama di Pulau
Pinang. Ulama yang dibicarakan kali ini juga seorang bangsa Arab yang cukup
terkenal di dunia Melayu, bahkan secara berantai mulai datuk, ayah, beliau
sendiri hingga keturunannya berperanan penting dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam di dunia Melayu.

Untuk menulis riwayat ini saya gunakan beberapa sumber.Sumber
daripada bahasa Arab ialah tulisan Syeikh 'Umar Abdul Jabbar yang dimuat dalam
Kitab as-Siyar wa at-Tarajim. Sumber bahasa Melayu ialah sebuah risalah judul
Kaifiyah 'Ala Thariqah An-Naqsyabandiyah Al-Mujaddidiyah Al-Ahmadiyah Li
Al-'Allamah Al-Quthub Ash-Shufiyah As-Saiyid Muhammad Shalih Ibnu As-Saiyid
Asy-Syarif 'Abdur Rahman Az-Zawawi (cetakan Mathba'ah al-Ahmadiyah al-Kainah fi Bandar Riau al-Mahrusah al-Mahmiyah, 11 Muharam 1313 H). Selain itu, sumber yang paling penting ialah catatan-catatan (manuskrip) yang saya peroleh dari istana
kerajaan Pontianak.

Sumber yang tidak kurang penting ialah wawancara beberapa
orang di antaranya keturunan beliau Saiyid Muhammad Yusuf bin Saiyid 'Ali
az-Zawawi (pernah menjadi Mufti Terengganu).Nama penuh beliau ialah Saiyid
Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih bin Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Lahir
1266 H/1850 M. Saya masih meragui tahun wafat 1343 H/1924 M yang disebut oleh
Syeikh 'Umar Abdul Jabbar, kerana beberapa tahun sesudah tahun itu Saiyid
Abdullah az-Zawawi masih berada di Pontianak. Jika diperhatikan tahun lahir
tersebut, ia bersamaan dengan tahun lahir Saiyid Abu Bakri Syatha (lahir 1266
H/1849 M). Dengan maklumat ini mudahlah kita menjejaki guru-guru ulama yang
diriwayatkan ini.- Apabila kita membicarakan ulama Arab keturunan ‘Saiyid’ yang
tersebut pada judul, dapat kita jejaki mulai dari datuknya lagi yang pernah
datang ke dunia Melayu.

Datuk beliau bernama Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi.
Dalam sebuah catatan yang diperoleh dari istana kerajaan Pontianak disebutkan
bahawa pada tahun 1295 H/1878 M, Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi datang di
Pontianak mengajar beberapa ilmu dan membaiah Tarekat Naqsyabandiyah.- Anak
Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi yang bernama Saiyid Muhammad Shalih (lahir 1246 H/1830 M, wafat 1308 H/1890 M) pula pernah datang ke Pulau Penyengat, Riau.

Beliau juga mengajar pelbagai ilmu dan sempat membaiah Tarekat Naqsyabandiyah
al-Mujaddidiyah al-Ahmadiyah kepada Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi (wafat 1317 H/1899 M), iaitu Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang ke-X (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang terakhir).- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah, Mekah.

Sebagaimana diketahui dalam sejarah bahawa yang mendirikan madrasah tersebut ialah Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani (salah seorang keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan). Oleh sebab sudah jelas bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di madrasah tersebut, maka sudah pasti beliau adalah termasuk golongan murid yang pertama belajar kepada ulama keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a itu.

Sanad pelbagai ilmu Islam dapat diketahui melalui Syeikh
Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani yang banyak dibicarakan
dalam pelbagai kitab.Sumber Arab- Pendidikan Saiyid Abdullah az-Zawawi melalui
jalan yang lain pula, terutama dalam ilmu tasawuf dan tarekat, dapat diketahui
daripada sumber Arab dan Melayu. Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar kepada
ayahnya, iaitu Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi. Saiyid Muhammad Shalih
az-Zawawi belajar kepada ayahnya, iaitu Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Saiyid
Muhammad Shalih az-Zawawi selain belajar kepada ayahnya juga belajar dengan
Saiyid Muhammad Mazhhar al-Ahmadi. Beliau ini belajar dengan Syeikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi yang belajar dengan Syeikh Abi Sa'id al-Ahmadi. Syeikh Abi
Sa'id belajar dengan Syeikh Abdullah ad-Dahlawi. Syeikh Abdullah ad-Dahlawi ini
adalah ulama yang sangat terkenal terutama dalam bidang ilmu hadis. Selain
nama-nama yang tersebut di atas, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga belajar dengan
beberapa orang ulama di Mekah termasuk juga dengan Saiyid Ahmad bin Zaini
Dahlan.-

Telah diketahui umum bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi ialah Mufti
Mazhab Syafie di Mekah. Hampir-hampir tidak ada orang menceritakan bahawa beliau menduduki beberapa jabatan penting di Makkah ketika beliau belum berpindah ke dunia Melayu. Tetapi Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa pada zaman pemerintahan Syarif Husein di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Syura, Ketua Majlis Syuyukh dan Ketua 'Ain Zubaidah.

Di samping menyandang kedudukan yang tinggi di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga giat mengajar. Ramai ulama yang berasal dari dunia Melayu belajar dengan beliau di Makkah yang kemudian menjadi ulama besar yang berperanan penting dalam penyebaran Islam di negeri mereka masing-masing atau tempat-tempat lainnya.-

Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi, salah seorang cicitnya, ketika saya temui di
Masjid Negara meriwayatkan bahawa sewaktu Prof. Dr. Snouck Hurgeronje datang ke Mekah dia kagum dengan kehebatan ilmu dua orang ulama. Yang seorang bangsa Arab, iaitu tok Ana (maksudnya diri beliau atau Saiyid Yusuf az-Zawawi, pen:) yang
bernama Saiyid Abdullah az-Zawawi. Snouck belum puas kerana yang dimaksudkannya bukan ulama Arab tetapi ulama yang berasal dari dunia Melayu. Dia mencari ulama itu untuk kepentingan bangsanya, bangsa Belanda. Akhirnya, Snouck datang kepada Tok Enta (maksudnya diri saya atau Mohd. Shaghir Abdullah, pen:) iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.Syeikh Ahmad al-Fathani marah kepada Snouck kerana beliau yakin bahawa Snouck masuk Islam hanyalah sebagai tipu muslihat.

Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh Snouck mengucap syahadat. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi menutup perbualan bahawa dalam buku Snouck Hurgeronje judul Mecca, cetakan awal dalam bahasa Belanda, terdapat dua keping gambar. Pada bahagian depan ialah gambar Saiyid Abdullah az-Zawawi dan pada halaman berikutnya gambar Syeikh Ahmad al-Fathani. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi juga meriwayatkan bahawa kewafatan Saiyid Abdullah az-Zawawi adalah kerana ditembak sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Taif.

Hijrah ke dunia Melayu- Menurut tulisan Syeikh 'Umar Abdul
Jabbar, Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah mengembara ke India, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, China dan Jepun tanpa memberikan keterangan yang lengkap tujuan pengembaraan itu. Daripada beberapa informasi yang diperoleh melalui wawancara, kedatangan Saiyid Abdullah az-Zawawi di dunia Melayu adalah sebab beliau membantah fahaman yang beraliran Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab yang sangat terkenal sebagai pencetus fahaman Wahabiyah.- Menurut riwayat, ada beberapa orang ulama terpaksa berhijrah dari Mekah ke dunia Melayu kerana mereka menolak fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang berpengaruh dalam pemerintahan di Hijaz termasuk Mekah.

Antara ulama Mekah yang berhijrah itu termasuk ulama besar Mufti Syafi'iyah Makkah iaitu Saiyid Abdullah az-Zawawi. Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah datang ke Johor dan Riau - Lingga, namun atas permintaan Sultan Pontianak beliau meneruskan perjalanannya di Pontianak. Di Pontianak, beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Pontianak.- Ketika Saiyid Abdullah az-Zawawi berada di Pontianak, orang yang membantu beliau dalam banyak hal terutama dalam berkomunikasi dengan orang-orang Melayu ialah Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani, salah seorang murid beliau sejak ketika masih berada di Mekah lagi.

Belum dijumpai riwayat yang jelas apakah ulama Kelantan itu datang ke Pontianak ikut bersama-sama gurunya itu berhijrah dari Makkah sebab tekanan pemerintah yang berfahaman Wahabi atau sebab-sebab lain. Yang jelas Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani pernah menjadi Mufti Kerajaan Pontianak kemudian daripada gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi.- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar
tidak menyebut sesuatu judul penulisan Saiyid Abdullah az-Zawawi. Tetapi ada
sebuah karya Saiyid Abdullah az-Zawawi saya peroleh daripada simpanan istana
Sultan Pontianak melalui Syeikh 'Isa asy-Syarwani, salah seorang keturunan ulama
besar sahabat Saiyid 'Abdullah az-Zawawi. Beliau ialah Syeikh 'Abdul Hamid
asy-Syarwani, penulis Hasyiyah Tuhfah Syeikh Ibnu Hajar.

Risalah yang ditulis dalam bahasa Arab diberi terjemahan makna bahasa Melayu oleh murid beliau, Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani. Pada halaman depan tertulis: “Ini fatwa daripada as-Saiyid Abdullah ibnu al-Marhum as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi jawab soal dari tanah Jawa ghafarallahu lahu Amin, bertarikh 25 Syawal 1330 H.” Diberi keterangan di bahagian bawahnya, “Dicapkan dengan kehendak as-Saiyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-Qadri Pontianak, Amin Dicapkan pada Mathba' al-Haji Sa'id bin al-Marhum al-Haji Arsyad, tukang cap dan penjual serba serbi jenis kitab-kitab Arab - Melayu, nombor 82 Jalan Arab Street, Singapura pada 25 Syawal 1330 H oleh Muhammad bin Haji Muhammad Said Basrah Street, nombor
44, Singapura.

”Kalimat terakhir dicatatkan, “Diharap kepada ahli al-ilmi yang memandang segala makna yang tergantung ini sekiranya jika ada salah dan terang salahnya mintalah dibetulkan supaya jangan jadi panjang kesalahannya.” Selanjutnya disebut Ismuhu al-faqir ilallah nail al-amani Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani.* Kandungan Risalah Fatwa Saiyid Abdullah az-Zawawi membicarakan suara dalam piring hitam. Yang diutamakan adalah mengenai hukum ayat-ayat atau surah-surah al-Quran yang dimuat dalam piring hitam. Atau dalam perkembangan sekarang seperti kaset, cakera padat dan lain-lain. Sebagai contoh terjemahan bahasa Melayu yang digunakan adalah seperti berikut, “telah zahir satu alat yang bercakap dengan huruf dengan berlagu dan pantun-pantun yang bersalah-salahan, berlagu-lagu dan menjerit.

Dan ada zahir pada setengah-setengah lauhnya yang dinamakan piring itu rekod namanya bacaan Quran dan bang. Dan jadilah ia berpanjangan pada tiap-tiap pasar, dan pada tiap-tiap perkumpulan, dan pada tiap-tiap kedai kopi. Dan dijualkan dia pada tiap-tiap toko (kedai) dan kebanyakan yang menjual itu bangsa Nasrani dan Majusi (China), dan lain daripada mereka itu....”


Wednesday, March 18, 2009

Zinirah diseksa tuannya

Anda pernah mendengar kisah Zinnirah? Siapakah Zinnnirah? Pernah dengar nasyid Zinnirah yg pernah dialunkan oleh UNIC? Oh Zinnirah, Kau srikandi... Lebih kurang begitu ah bunyik alunannya... ha inilah kisah Zinnirah.. untuk tatapan para pembaca sekalian, kutipan dari Utusan!
ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.

Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka.

"Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah.

"Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba.

"Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya.

"Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.

Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.

Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.

Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.

Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar.

"Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya.
"Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.

Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya.

"Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar.
"Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah.

"Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam.

"Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.

Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.
Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.

Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang menalam pada agama Islam dan Allah.

"Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi.
"Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.

Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya.

"Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya.

"Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.

Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.

Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya.

"Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.

Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya.

"Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.

Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.

Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu.
Sunday, March 15, 2009

Solat in Sains


Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.


Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.



Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.


Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

maksudnya: Solat itu pencegah perkara keji dan mungkar

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Sekian untuk renungan kita bersama: klik utk banyak lagi cerita menarik!
Friday, March 13, 2009

Sekalung tahniah...


Sebelum kita hangatkan dunia lagi dengan kepanasan arena bola sepak antarabangsa ini, marilah kita merenung kejayaan seorg pelajar yg boleh kita sama2 ambil iktibar dan pendorong utk bakal2 mak dan ayah agar dpt menjadikan ank kita soleh ataw solehah... atawpun utk kkejayaan kita jugak....


NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad
Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.

Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.
"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.

"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.

Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

sumber: KOSMO!


Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake