Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine

Tentang | Perihal | Siapa Aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Nama aku Razali bin Sudin @ Alias. Mak Ayah panggil aku sebagai Ja, kawan-kawan kat kampung pula panggil dengan gelaran Jali. Manakala keluarga sebelah Ayah aku panggil aku sebagai YA, dan sebaliknya keluarga sebelah mak aku pula memanggil aku dengan gelaran JA. Setibanya aku di sekolah menengah, aku dipanggil pula dengan gelaran Zali. Tapi, perakara sebaliknya berlaku di zaman kampus, aku dipanggil kembali dengan nama Jali.
Aku yang sebelah kanan (memakai baju hitam.. err ungu.. ntah!
Aku merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan memegang skroll Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam (Pengkhususan di dalam Fiqh), serta mengambil kursus sampinagn dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah.

Aku sekarang ini bekerja sambilan di Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM atau lebih dikenali sebagai CENSERVE. Pusat ini merupakan pusat penaung bagi kelab-kelab yang menjalankan khidmat masyarakat untuk kumpulan target yang berbeza. Dan di antara kelab-kelab tersebut adalah Kelab Comrade yang giat membuat program dakwah kepada masyarakat Pribumi.

Aku adalah merupakan bekas Presiden Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli (COMRADE). Selama empat tahun aku berada di UIAM, aku aktif turun ke Pahang, Kelantan dan Perak dalam menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian anggota Kelab Comrade.

Senarai kampung-kampung Orang Asli yang telah aku jejaki:

Pahang
  • Kampung Abu
  • kampung Teji
  • kampung Slangkar
  • kampung Tiat
  • Kampung Leryar
  • Kampung Kuala Boh
  • Kampung Sg Lon
  • kampung Renglas
  • Kampung Susu
Kelantan
  • Kampung Pos Lebir
  • Kampung Pos Tuel
  • kampung Aring
  • Kampung Pos Balar
Perak
  • Kampung Husin
  • Kampung Kenang
  • Kampung Pos Pelantok

    Kini oleh kerana kerjaku di CENSERVE, aku banyak menjadi pegawai pengiring di dalam aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar yang aktif di bawah CENSERVE, tidak kiralah dakwah ke mana sahaja, tidak hanya kepada Orang Asli. Alhamdulillah aku juga telah sampai ke pedalaman Sabah dan Sarawak bersama-sama Kelab Misi serta bersama para fasilitator-fasilitator yang hebat dalam program motivasi mereka di sekolah-sekolah yang ceruk jauh daripada bandar. 

    Maghi-Maghi Perama!

    Saing Kite Belake