Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Travelog Kemboja 2010. Show all posts
Showing posts with label Travelog Kemboja 2010. Show all posts
Tuesday, January 18, 2011

Travelog 222: Team Kemboja: Ammar Kasno vs Anak Mat Salleh

This is the UNTOLD STORY, behind the scene GITUUU........


Permulaan yang begitu YAKIN, di sebelah masih KONFIUS...


Bola kedua-duanya yang laju BERPUSING...


Dan terus BERPALING, manakala dia di SEBELAHNYA...


Ahhhhhhhh........ Beliau MENUTUP kepalanya, dia masih FOKUS melihat...

Aduhai.. MALUnya aku (sambil tersenyum).. di sebelah masih terCENGANG tidak percaya


BELIAU (no komen), DIA (hooooorreeeeey, dad look at me!!!!)


Beliau yang kumaksudkan adalah saudara Ammar Kasno, merupakan pelajar jurusan Engin, yang kini masih konsisten mencampakkan bola bowling ke longkang. Sekian terima kasih.
Saturday, January 1, 2011

Travelog 214: Episod 6 :'Berhala' Kemboja

Welcome to Siem Riep Cambodia! Sak Sabai? (Apa khabar?)

-Maaf sekiranya tajuk ini agak mengancam bunyinya.. memang sengaja, tiada kaitan dengan unsur-unsur apa-apa malah ingin menggambarkan negara ini mempunyai banyak sangat monumen-monumen serta patung-patung keagamaan di banyak tempat!

Kami baru sampai di Airport Siem Riep


Sebaik sampai ke Airport SiemRiep, aku dan kawan-kawan terus menuju ke Battambang tanpa banyak soal. Dengan menaiki 3 van yang sudah pun di arrange kan oleh Dr. Dinon melalui bantuan Haji Musa Battambang. Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu juga dengan Haji Musa yang pernah diuar-uarkan oleh Ibu Martinelli sebelum kami ke Kemboja lagi. Baik orangnya. Malah kelakar juga. Kemesraan yang ditunjukkan antara Dr. Dinon dan Haji Musa memang superb. Aku sendiri pun kagum dengan mereka berdua. Macam adik-beradik!



Lama jugalah kami berhimpit di dalam van tersebut. Satu van memuatkan peserta lelaki, manakala dua lagi memuatkan pelajar perempuan dan beg-beg gedabak budak perempuan. Lelaki, biasa-biasa jer, tidak perlu 'losyen-losyen' pelbagai. Jangan marah yer.. 



Sambil-sambil melihat pemandangan, dan juga 'berhala-berhala' yang banyak di bulatan jalan serta di setiap sudut muka bumi Kemboja...

Zzzzzzzzzzzzzzz

"Ngantuknya..."

Aku terus menahan ngantukku. Aku terusan jua menahan mataku daripada tertutup melayan suasana baru di bumi Kemboja. Di sana sini mereka berniaga di tepi jalan. Teringatkan kata-kata abang Din dan ibu Martinelli.

"Bila di sana, tak digalakkan untuk membeli barang-barang makanan di luar. Kita tak tahukan apa yang terkandung. Nampak macam sedap, tapi udara di sana, debu-debu yang menghinggap pada makanan yang terdedah itu, menambahkan lagi perisanya. Ibu tak mahu perkara yang dulu terjadi. Berulang. Ramai yang sakit perut time tu."

Kami cuma mengangguk kerana tiada sorang pun yang pernah sampai ke Kemboja. Dan kini kami sudah pun berada di jalanan mereka.

Bagi yang tidak kenal, inilah Bro Azman, PR daripada UIA


Tiba-tiba van kami berhenti di bahu jalan. Haji Musa keluar, dan kami dapat lihat beliau telah membeli beberapa botol air mineral yang sejuk. Mak aih! Bapak best kalau dapat teguk air sejuk dan terus membasuh tekak aku yang kering ini.

"Nah, bahagikan kepada semua,"

"Air mineral boleh!" beritahu abang Din, yang juga merupakan advisor kami ketika di UIAM.

Terus aje aku teguk sebanyak-banyaknya. Dahaga beb. Tapi air mineralnya rasa lain sikit. Di samping cuaca nya yang agak panas, kulit ini terasa lain macam. Aku mengambil langkah, biarkan aje. Janji, tekak aku kini basah dengan air-air yang sejuk.

Bukan gambar ini yang aku maksudkan seperti mana diceritakan di artikel bawah, kerana masih ada yang lagi besar daripada ini


Nah satu lagi patung! Ianya terletak di bulatan jalan. Besar gedabak wa cakap sama lu. Memang di setiap tempat pasti ada sahaja patung-patung ini. Bukan itu sahaja, patung-patung kecil, kepala beruk badan manusia, duduk seolah-olah sedang bertapa bersama-sama dengan patung-patung kecil lain. Inilah suasana Kemboja, tempat yang meriah dengan kedatangan pelancong, dan itulah jua sumber ekonominya yang paling kukuh. Sumber-sumber lain aku tak tahulah pulak. 

Masjid yang menjadi penginapan kaum lelaki

Kami nampak satu masjid putih selepas memasuki beberapa simpang. Dan kami kini berhenti di sebuah rumah yang agak tinggi, dan di bawahnya sudah ada beberapa meja bulat. Di tengah pula kelihatan satu meja yang sangat unit. Menarik. Kami pun melabuhkan diri di situ selepas mengeluarkan barang-barang kami. Ada di antara kami ini yang menyusun barang-barang tersebut terlebih dahulu. 

Kami sampai di rumah Haji Musa Sulaiman, Mufti Battambang

Sampai jer terus kami kemas barang-barang yang kami keluarkan daripada van



Malang untuk aku.

"Jali, seluar mu carik kat belakang..." bisik Umar kepada aku.

Aku tergamam. Malu. Sejak bila seluar aku carik ni ek. Takkanlah sewaktu aku duduk di bucu meja panjang untuk menegur seorang pakcik di situ? Aduh malunya aku! Aku terus duduk dengan membuat muka yang tidak bersalah. Aku cuba menerbalikkan beg kecil di pinggang aku dan aku alihkannya ke belakang. Bukan setakat itu sahaja, aku pinjam jaket Umar lantas aku pakaikan di pinggang. Aku capai kain pelikat aku dan terus aku bawa ke 'dewan makan', iaitu tempat yang kami semua rehat-rehat tadi.

Dahlah baru sampai ke negara orang yang pertama kali dalam sejarah aku, seluar pulak carik! Korang tahu ke tidak apakah itu carik? carik adalah koyak. Carik ada di dalam kamu dewan dan pustaka, aku rasalah, mungkin korang boleh periksanya semula yer?

Alhamdulillah, tiada siapa yang perasan, kecuali Umar. Aku terus berterima kasih kepada Umar, kerana tahu dan beritahu aku serta melindungi maruah aku. Terima kasih ye, Umar. Umar merupakan bekas presiden Kelab Inspire yang dulunya dikenali sebagai Kelab Karisma.

Ini selepas insiden seluar aku carik. Kami terus berbincang untuk aktiviti seterusnya tanpa banyak songeh dan soal.

Mungkin ada juga yang 'tahu', namun aku yakin mereka juga ingin melindungi aib aku, terima kasih ye. Nantikan sambungan travelog ini ye? Begitu banyak cerita yang aku ingin kongsikan, malah ingin menggambarkan suasana Islam di negara yang majoritinya berpenganut Buddha.

Sami-sami di sana...

Tuesday, December 21, 2010

Travelog 211: Apabila Anugerah Dipersembahkan

Aaaahhhhh... Letih juga yer berbaring di LCCT. Beg-beg semua sudah pun dibawa oleh rakan-rakan seperjuangan. Kucuba intai juga para pegawai atau petugas di kaunter check in barang-barang, manalah tahu ada yang cun melecun. Sekadar mencuci mata. (amalan ini tidak elok, jangan dilakukan)



Menaiki kapal terbang ke Siem Riep, Kemboja merupakan pengalaman ke enam, jika dicampur pergi balik lah. sebelum ini aku sudah pun pergi ke Sabah dan Sarawak. Apabila dicampur yang Kemboja, maka adalah dalam 6 kali aku menaiki kapal terbang. Alhamdulilah. Allah telah memakbulkan hasrat aku sejak dari matrik lagi, teringin nak naik kapal terbang kan...



Di dalam kapal terbang, aku menjamukan pagi ku dengan memakan nasi lemak Pak Nasser, aku rasa. Makanan ini memang sudah ditempah sejak dari tiket ini ditempah lagi. Maklumlah, bajet ada kan? Aku juga berjaya duduk di tempat yang paling hujung sekali. jadi aku bolehlah meng'usha' pemandangan di luar sana. Ya Allah, subhanallah. Sangat cantik.

Tanggal 24 Disember 2010, tarikh yang cukup keramat. Di dalam kapal terbang lagi aku terngiangkan tarikh ini. Bukan tarikh aku nak kahwin, atau dapat anak ke, tapi inilah saatnya para ahli CENSERVE tidak kiralah daripada kelab mana pun, berkumpul bagi menyokong satu lagi majlis yang sangat berprestij anjuran CENSERVE. Majlis ini dinamakan sebangai Malam Kemanusiaan 2010 ataupun Anugerah Kemanusiaan 2010.



Sambil-sambil melihat diluar aku sudah pun membayangakn bagaimana keadaan malam tersebut. Persis malam Anugerah Bintang Popular, namun tidaklah sepertinya, banyak yang berbeza, bahkan acara ini akan diusahakan agar mencerminkan budaya kasih dan sayang kita kepada ummah. Semangat kesukarelawanan itu juga harus dipupuk di kalangan pelajar, maka pada malam itulah segalanya terungkai dan berlaku. Sama ada ianya OK atau tidak, bergantung kepada kecekapan komiti serta kecanggihan teknologi yang ada.

"Sir, coffee or tea?"
"Err.. Coffee please."

Pertama kali aku minum air kopi di dalam kapal terbang. Di samping nasi lemak Pak Naser pulak tu. Bukan senang beb. Teringat kata-kata Dr. Dinon atau siapa yer, aku pun sudah tidak ingat. Tapi aku agaklah Dr. Dinon punya kata-katalah...

"Kalau ada peluang untuk makan di atas kapal terbang, makan jer.Tak kisahlah mahal pun, sekali sekala. Bila lagi nak makan atas kapal terbang kan.."

Eh bukan, bukan beliau. Tapi perbualan Haji Musa Salleh, Mufti Siem Riep. Semasa itu, aku bersama-sama kawan-kawan yang lain berbual di Muslim Food Restaurant, restoran miliknya. Ya, memang betul, jangan takut dan kedekut, memanglah mahal barang-barang di atas kapal terbang. Tapi bukan kita naik tiap-tiap hari kan? Beli jer. Makan dan nikmati pemandangan yang diciptakan Allah. Bestkan?

Pada tanggal aku menulis ini, cuma tinggal 2 hari sahaja lagi. Malam Kemanusiaan CENSERVE 2010 akan berlangsung secara gemilang dan terbilang di Auditorium Utama, UIAM. Makanya, aku sangat-sangatlah menjemput sahabat-sahabat semua untuk datang ke UIA pada malam tersebut. Bukan apa, semua kelab berkumpul, jadi tidak salah untuk kita bersilaturrahim pada malam tersebut dis amping berkongsi cerita mengenai kelab masing-masing.
 
Ah, dah hampir nak sampai di Siem Riep Airport ni! Kedengaran tadi suara halus sang pramugari ayng menyatakan kami akan mendarat pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Kami juga dilarang untuk meninggalkan tempat duduk kami. Sakit sedikit di telinga aku, mungkin tekanan udara barangkali. Aku cuba menutup hidung dan sekuat-kuatnya aku menghembuskan udara melalui telinga. Terdengar bunyi kepecahan di dalam telinga aku. Lega.


Selamat datang ke KEMBOJA!


Sunday, December 12, 2010

Travelog 207: Travel to Cambodia (Episode 4)

Untuk yang travelog kali ini aku malas untuk berbicara dan bercerita dengan panjang. Al-maklumlah, baru sampai daripada kampung. Biarlah gambar menceritakan perihal aku di sana.

Suatu petang di CC Bilal. Masih ada beg lagi di sisi. Bilik tidak dapat dimasuki lantaran kunci tiada. Makanya, aku harus menunggu Izzudin dan Ikhwan pulang daripada 'projek' mereka. Biarkan mereka...

Saat ini aku terkejut. Dah keluar paper rupanya. Aku tak tahulah sebab rumah aku mana ada internet. Adoyai...
Jadim aku pun ambillah gambar tersebut dan aku letak kat sini agar semua dapat lihat 'bukti' aku berada di sana. Cewaahhh!

Thursday, December 2, 2010

Travelog 203: Travel to Cambodia (Episod 3)

"Ha sudah sampai di LCCT," kedengaran suara Farhan. Aku masih menggeliat. Maklumlah pagi-pagi atau tengah-tengah malam bertolak ke LCCT, jadi agak kepenatan sebenarnya. Kira-kira hampir pukul dua juga aku sampai di LCCT. Kelihatan setiap sudut dan ruang diisi oleh manusia-manusia penumpang kapal terbang. Mungkin perjalanan mereka esok pagi atau pun mungkin mereka baru sampai daripada mana-mana negara. Sementara tunggu siang, mereka bergelimpangan dulu di situ. Mungkin.

"Cepat ambil beg dan troli. Kita cari mana-mana tempat yang boleh untuk kita berehat." Begitulah kedengaran suara salah seorang peserta. Entah aku tidak ingat siapa yang bersuara ketika itu. Aku cuma memerhatikan di mana letaknya beg aku yang telah di bawa oleh kawan-kawan aku. 

"Oh, di situ rupa,' cetus hatiku tatkala melihat beg merah aku ada terpelusuk di bawah beg-beg yang besar. 
"Takpelah, biarkan jer kat situ."

Beg merah adalah kepunyaan Izzudin. Kawan serumah, sebilik dan sesiling dengan aku. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana sudi pinjamkan aku begnya. Kalau tak, aku terpaksa membawa beg besar gedabak aku tu. 

"Okeylah ni di sini. Luas ni haa. Cuba tengok mamat cina ni, rilek jer baring kat sini. Jom lepak sekali dengan dia!" Aku berseloroh di situ. Namun semua tiba-tiba setuju. Apa lagi aku dan budak-budak lelaki pun bersetuju letak beg kat situ, dan baring seadanya. 

"Madam dan yang perempuan akan rehat di surau. Nanti tolong kejutkan ye andai dah nak check in?" Ibu Martinelli yang bersama kami pada masa tu memberi pesanan.

"Ok, madam. Apa-apa hal kami akan beritahu nanti," balas aku pada ibu. Pada waktu itu kami masih tidak lagi memanggil beliau sebagai 'Ibu'. Panggilan 'madam' memang sudah sebati, ini kerana sejak kami di bangku 'budak-budak' Censerve lagi sudah terbiasa dengan panggilan madam. Panggilan ibu terjadi semasa kami di sana, iaitu di battambang, Dam Sbai. Nanti akan diceritakan di dalam episod yang akan datang.

"Eh, korang pergilah makan dulu. Aku pun lapar juga ni, tapi takper, biar aku jaga beg-beg ni dulu. Nanti tukar ah balik," cadang aku kepada semua. Di tengah ruangan LCCT tu, kami berkumpul. Satu kumpulan sudah pun berlegar ke ruangan makan, manakala aku dan 3 orang lagi duduk melepak di situ. Beg-beg ni harus di jaga. Laptop ada, ubatan ada, dan macam-macam lagi benda yang agak penting untuk misi kali ini terkumpul di sekeliling kami. Aku mengambil peluang pada waktu itu untuk menyambung bacaan buku "Bila Allah Menduga Kita" karangan Sayed al-Attas. 

"Eh lama pulak diorang ni. Cecep, aku laparlah. Aku nak pergi makan dululah. Lapar sangat ni. Tak makan lagi. Aku pergi dulu lah ye," aku meminta simpati Cecep agar aku dapat pergi makan dulu.
"Ok Abang Jali," senyum je Cecep membalas pertanyaan aku. 'Terima kasih ye' ucap aku dalam hati.
"Ok lah, aku pergi dulu. Jaga-jaga barang ni tau."

Aku menyusuri jalan ke ruangan makan yang agak jauh. Cuma di situlah yang aku ingat aku pernah makan dan lepak. Tempat di mana aku tidur bersama budak-budak MISI semasa menunggu penerbangan ke Tawau. Di situ juga ada KFC dan macam-macam jenis makanan.

"Eh, tu bukan budak-budak ni ke?" Bertanya aku seorang diri.

Kelihatan Farhan, Safwan dan Qasim sedang berehat. 

"Korang dah makan ke?"
"Dah. rasa kenyang lagi ni ha." Safwan menjawab.
"Kau nak belanja ke? Boleh je aku makan lagi. Hahaha..." Farhan dengan kebiasaannya melawak.
"Belanja tu tak dapatlah."

Aku menuju ke KFC. Tengok apa-apa yang menarik di situ. 'Tak dapat apa-apa pun yang best, lagi mahal ada ah.' Tawar  hati aku untuk merasa KFC. Aku bercadang beli kat tempat lain lah. Aku patah balik ke belakang menghampiri deretan kedai makan. Setiap makanan yang dipamerkan agak menarik. 'Creeewt'. Berbunyi lagi perut aku ni. 

"Kak, bagi saya nasi putih kak. Lauk ayam yang ni ye, masak merah. Saya memang suka lauk masak merah, hehehe.." 

Mesti kakak tu jawab dalam hati dia, 'aku tak tanya pun', ah lantaklah. Itu memang skil aku untuk bermesra dengan orang. Tengok akak tu senyum jer, maknanya dia selesa lah dengan aku.

"Berapa?"
"RM5.00"
"Mahalnya.." balas aku perlahan sambil aku menghulurkan not RM5 kepadanya. Biasalah tu, barang-barang di LCCT semuanya harga berganda. Takpe makanan mahal, janji aku kenyang.

'Kat mana pulak aku nak cari air ni ek', bisik aku lagi. Aku terpandang KFC lagi. Apa kata aku beli air di KFC sahaja, ada lah jugak perasa KFC pagi ni.

"Kak, air Pepsi satu, air saja."

Aku terpandang di board atas. 

"Wah, boleh refill.." Aku tersenyum lantas aku terus bertanyakan kakak tadi.

"Kak, air memang boleh refill ye?"
" Ha'a."
"Berapa kali?"
"Tak tahulah."
"Maknanya setiap kali habis boleh refill percuma?"
"Macam tu lah."
"Kalau macam tu, nanti saya datang balik refill."
"Abang baru balik Mekah ke?" Memang sepatutnya dia bertanya macam tu. Ini kerana penampilan aku yang berkopiah, ada beg ikat di pinggang, serta beg kamera tersandang di bahu. Dengan bersweater hitam pulak tu. Memang seperti orang baru balik buat umrah atau haji.

"Takdelah. Sebenarnya saya nak pergi Kemboja. Saya dari UIA. Kami ada program di sana. Flight pagi nanti, itu yang sampai dulu," jelas aku.
"Oh, ingatkan baru balik daripada Mekah. Nah, airnya."
"Terima kasih ye," sekali aku leparkan senyuman, dan dia balas dengan senyuman jua.

"Weh, kau ngurat dia ek? lama giler sembang!" Safwan terus menegur aku bila aku sampai di meja mereka.
"Kau tau, air ni boleh refill tau.. Nanti aku akan refill lagi. Hehehe.."
"Nak refill ke nak ngurat?" Qasim pula buat lawak pulak kat situ. Ramai-ramai ketawa.
 "Korang tau, dia kata aku baru balik dari Mekah tadi... Hahahahaha lawak tollah. Tapi orang dia boleh tahan gak, lepas ni saper pulak yang nak pergi refill?" Sengaja aku usik budak-budak ni.
Alhamdulillah, perut aku sudah kenyang. Dahaga pun hilang sebab dah banyak kali aku refill air. 

"Okey lah, aku nak gerak balik ah. Ada saper-saper nak ikut balik ke? Kalau tak nak ikut aku balik dulu lah. Kesian kat Cecep sorang kat sana." 

Aku pun terus beredar dari situ. Di belakang kelibat Farhan yang turut ikut. Di dalam perjalanan tu, tiba-tiba aku terpandang seseorang lelaki. Macam kenal, siapa agaknya. Sah, memang aku kenal betul manusia ini.

"Korie, kau buat apa di sini? Nak ke mana?"
"Aku baru balik dari Sabah ni. Woh, besor gile mung lening?"  (Wah, gemuk kau sekarang?")
"Besor mendenya, mung keje kat Saboh ke? Ngajor?" (Gemuk apanya, kau kerja di Sabah ke? Mengajar?)
"Ho, ngajor. Aku tunggu kapal terbang ke Ganu pulok."
"Pastu mung nok gi mane ni? Nok gi makang ke?" (Lepas tu, kau nak ke mana sekarang? Nak pergi makan ke?)
"Gi makang jap ah. Lapor aku." (Pergi makan dulu lah. Sangat lapar ni.)
"Bereh ah Korie. Tok seke boleh juppe kat sini." (Okeylah Korie. Tank sangka pulak jumpa kau di sini)

Tak sangka rasanya kerana terserempak dengan kawan lama di LCCT. Kawan sekolah  menengah dulu. Kawan satu SMAASZA. Bukhori atau panggilan terkenalnya dengan nama Korie, merupakan bekas pelajar UUM. Selepas itu dia menyambung pelajarannya dalam bidang pendidikan di KPLI, dan mengambilnya di UIAM. Pada waktu itu, aku masih di tahun akhir di UIAM. Tidak beberapa lama selepas dia habis belajar di KPLI, terus mengajar sementara di Kuala Terengganu. Dan kini, beliau tetap mengajar di Sabah. daerah mana, tak tahulah pulak aku. Tidak sempat untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana ingin menjaga beg-beg kami di sana. Lagipun kasihan Cecep dan kawan-kawan yang menjaga beg, mana tahu mereka pun nak keluar mencari makanan juga.


Di tempat beg, kelihatan Abang Roslan sedang mencari tempat untuk berbaring. Rupa-rupanya Abang Lan sudah pun balik daripada makan tadi. Asyraf pun sudah ada di situ sambil baring-baring. Begitu juga Ammar yang sedang membelek kameranya. Aku pun terus mencapai buku 'Bila Allah menduga kita' untuk di baca. 

Cecep datang tergesa-gesa dan memberitahu bahawa waktu Check In sudah tiba. Dia cuba menghubungi Jasmin, namun tidak ada balasan. jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 4.50 pagi. 

"Cuba hubungi madam." Cecep mencadangkan kepada aku.
"Biar aku telefon sekejap,"balas aku.
"Assalamulaikum, madam. Madam masih di surau?" tanya aku.
"Waalaikumsalam. Ha'a, kenapa? dah boleh check in?" tanya madam balik kepadaku.
"Ye madam. Cecep beritahu sudah sampai masa untuk check in. Dr. Dinon tak sampai lagi ni. Dr Soep pun. Tapi M.A dia dah telefon dah. Tolong beritahu yang lain ye. Kumpul di tempat beg tadi."
"Okey."

"Macam mana Zul?"
"Dr Dinon sedang on the way," balas Zul.

Okeylah. Cuma tunggu beberapa orang lagi. Dan kami akan check in dengan jayanya. Setiap barang kami check lagi agar tiada yang tertinggal serta tercicir. Cecep pula sibuk mengutip tiket untuk diperiksa. Kami akan check in mengikut kumpula yang tertera di tiket. Ada 3 orang dan ada juga yang empat orang pada tiket tersebut. Setiap satu akan di beri 15 kilo untuk barangan luggage. Lepas sahaja sembahyang subuh kami akan terus ke lobi penantian, untuk menunggu flight kami. Dan tepat pada pukul 6.45 pagi, kami akan menaiki AirAsia. Danm selamat tinggal selama seminggu Malaysia.

Bersambung....





Monday, November 29, 2010

Travelog 201: Travel to Battambang, Cambodia (EPISOD 1)

uwaaa...saya jadi cemburu ni..
orang yang saya minati, mesra dengan orang lain...
wawawaaa....

nak dekat segan, tapi orang lain dekat saya cemburu...
hadei...
susahnya simpan perasaan ni...

Ni adalah kuot dari seorang kawan, so apa komen kawan-kawan semua? Kalau cemburu, apa maknanya? Mestilah sayangkan? Tengok, ramai yang cakap macam tu.. tak salah menyimpan sayang, tak salah menyinta seseorang, kalu tidak, Tuhan takkan cipta hati dan perasaan kan? Namun biarlah sayang dan cinta itu di salur ke arah kebaikan, jikalau saluran nya betul, maka bersihlah cinta itu. Ya Allah, aku masih cinta dan sayangkan dia, namun jangan biarkan aku terlebih mencintainya daripada Mu, kekalkan kesetiaan ini tapi jangan kau cabut kesetiaan agungku kepada MU, tanamkan kasih sayangku kepada semua makhlukMu, jangan kau titipkan kebencianku terhadap nikmatMu.....
  19 November 2010

" Jali, macam mana dengan persiapan kita?"

Soalan-soalan macam ni datang sejak sebelum hari raya haji lagi. Namun, macam biasa aku tetap dengan wajah cool, senyum tidak bersalah, menjawab,

"Tunggu arahan daripada madam jer, tapi untuk hari ini kita sudah buat apa yang dirancang seperti list barang-barang untuk dibeli, cuma nak tunggu Atikah beri list barang katering."
 "Oh, Atikah di mana?"
"Dengarnya hari ini baru sampai, mungkin lepas Jumaat."

Pada hari-hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja, kami seramai 15 orang bekerjsama membungkus barang-barang untuk dibawa menaiki kapal terbang. Barang-barang yang kami bawa antaranya telekung atau kain sembahyang, kain pelikat, barang-barang perubatan serta bersunat, dan barang-barang makanan. 

Sampai ke malam jugalah kami berkampung di Censerve. Masing-masing ada yang keluar membeli barang-barang, manakala yang berada di pejabat memastikan barang-barang ditimbang supaya tidak melebihi kapasiti yang dibawa. Namun satu perasaan gelisah tetap muncul. 'Adakah pasukan ini adalah pasukan terbaik?'

Yelah, kesemua kami adalah orang yang pertama kali menjalankan aktiviti antarabangsa lebih-lebih di Kemboja. Kali ini pun merupakan misi yang ke 4, semestinya para senior mahukan satu peningkatan berbanding misi-misi yang sebelumnya. Harapan kami cuma bersandarkan kepada pengalaman Madam Martinelli selaku wakil pegawai daripada Censerve dan Dr. Dinon Mohd, doktor UIA yang bergantungjawab dalam mengkhatankan anu anak-anak kecil serta besar di sana.

'Apa-apa hal, tunggu esok jelah' begitulah luahan hati aku. Tunggu sehingga perjumpaan sulung kami dengan Dr Dinon serta pegawai-pegawai yang terlibat pada hari esoknya. Ini penting bagi memudahkan kami memahami keadaan di sana. Jadi, tunggu esok sajalah...

Bersambung.

Travelog 202: Travel to Cambodia 2010 (EP 2)

20 Nov 2010

"Kepada semua yang ada kat sini, petang ini akan ada briefing kat sini. Pukul 3 petang tau. Harap semua ada," jelas aku kepada semua yang ada di pejabat pada pagi tu.

"Masterplan dah ada dah, kau nak aku bagi kepada semua ke macamna?" tanya Safwan kepada aku.
"Boleh juga, sat gi aku bagi duit kat ko, ko nak  berapa?"
"Bagi jelah berapa pun.. Tapi untuk fotostat jer, takde banyak benor aku nak guna,"
"Orait."

Alhamdulillah, semuanya begitu rajin pada pandangan aku. Yelah, semua yang aku pilih dengan Abang Zain, tanpa interview, kami cuma ingat-ingat muka serta keaktifan mereka sahaja. Sehabis baik kami fikir, kami listkan di atas kertas, kemudian tunjukkan kepada madam, dan madam pula menentukan siapa yang akan ikut. Namun beliau tetap memberi izin kepada kami untuk menetapkan peserta.

Maka, Safwan daripada Kelab Titian Wahyu, Atikah daripada Kelab Jasa, Farhan dan Umar daripada Kelab Inspire, Fara daripada Kelab Comrade, Wani daripada Kelab Steadfast, Iliana daripada Kelab Sendi, Ammar daripada Jamiyatul Khadamatil Quran, Asyraf daripada Kelab Gemilang serta Usman dan Jasmin daripada Kelab Misi.

Mereka inilah pejuang-pejuang yang aktif di lapangan masyrakat; kanak-kanak nakal atau tidak nakal, orang tua serta orang asli menjadi tempat untuk mereka menghulurkan bantuan. Kini, mereka berganding bahu untuk membantu masyarakat antarabangsa. Inilah semangat kesukarelawan yang dibawa oleh pelajar-pelajar UIAM. Aku turut menumpang bangga dengan mereka.

Selesai briefing panjang lebar daripada Dr Dinon yang dulunya mendapat panggilan Dr House kerana kegarangan yang ditonjolkan dalam Kemboja: Misi ke 2. Alhamdulillah, barang-barang semua dah okey, namun...


"Jali, banner macam mane?" Madam tiba-tiba tanya.
"Aduh, kita tak sempat buat madam. Aduhai..." Kesal aku. Terlupa langsung pasal banner.
"Ada banner lama tak? Misi yang dulu, kita ubah kat tarikh jer.."
"Ok. Saya akan cuba cari, tapi setakat ini tak pernah jumpa pun kat sini."

Baik aku tanya abang Din. Manalah tahu dia tahu. Aku telan air liur dulu. Yelah, Abang Din yang aku nak telefon ni bukan calang-calang orangnya. Dalam kes ini aku yang silap kerana terlupa. Aduh.

"Hello abang Din, nak tanya, banner Kemboja yang lama-lama ada tak kat Censerve? Nak pakai untuk misi kali ini.."
"Ha ini yang aku tak suka ni! Kan aku dah cakap kat kau dulu, buat Banner! Buat Banner! Kenapa tak buat? Kenapa tak dengar?" marah betul abang Din. Tiba-tiba jer abang din tinggikan suaranya yang sudah biasa tinggi.

"Saya mintak maaf abang din. Saya memang dengar yang abang Din ada suruh buat, Tapi ingat tak, pada masa tu kan saya akena buat banner untuk Kedah jugakkan? Bila dah bercampur secara tiba-tiba, terlupalah saya untuk banner kali ini. Takpelah abang Din, benda dah jadi, lagipun malam ni dah nak pergi memang tak sempat dah nak buat, sebab tu nak tanya abang Din, kot-kot abang Din ada simpan banner lama.."
"Tak tahulah saya. Cuba lah cek kat dalam bilik meeting kalau ada," lerekan kali ini takdelah seperti tadi. Lega.

"Okey. Saya cek duklu. Kalau ada, saya ambik kalau takde takper lah. Takde banner takpe jer. Ok abang Din, Pergi dulu yer. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, jaga diri leklok, selamat pergi Kemboja," penutup yang baik. Lega aku. Bukan senang nak bercakap dengan abang Din kalau kita berada di dalam keadaan bersalah.

Qasem PBSM dah pun membawa Ammar pergi menempah vest. Malam nanti barulah boleh ambil. Pukul 9 katanya. Takpelah, kalau pukul 12 tak boleh lah, dah nak gerak dah masa tu...

Detik untuk bertolak ke LCCT semakin hampir. Tadi, baru nampak Qasem dan kawan-kawan pulang daripada Sri Gombak mengambil vest yang ditempah. Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan serta kelancaran kepada kami dalam segala urusan, selesa tu ada, tapi rasa tak best pun ada juga. Yelah, perjuangan kan memang pahit. Tak semudah yang disangka. Dan memang kesusahan pun yang sentiasa dicari oleh mujahidin-mujahidin, bukan jalan kesenangan. Budak zaman moden kata "Tak Thrill lah".

Dalam hati aku, mungkin bukan di sini, kepahitan itu muncul. Mungkin di sana. Siapa tahu kan? Detiknya semakin hampir. Bas pun sudah tiba. Langkah aku kembali ke pejabat untuk memanggil mereka supaya turun membawa barang-barang. Gelap. Dingin. Malam di UIA memang best, bagaimana pula malam di sana ye?

Bersambung....

Maghi-Maghi Perama!

Short Cut Weyh!

Saing Kite Belake