Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Penglipur Lara. Show all posts
Showing posts with label Penglipur Lara. Show all posts
Saturday, April 16, 2011

Travelog 239: Maharaja Lawak, Siapa Layak?

16 April 2011

Seronok betul Izzudin dengan persembahan mantap oleh Nabil. Satu-satunya peserta baginya adalah yang terbaik dari ladang (meminjam tagline Nabil juga di dalam Raja Lawak yang dulu). Aku rasa ada lah juga dalam seminggu ni si Din akan ulang tayang persembahan mantap si Nabil ni ha, orang samo nogoghi lah kato kan... 

Walau bagaimana pun, aku sangat setuju juga untuk mengatakan bahawa Nabil ini merupakan seorang pakar komedi berdiri seorang diri atau lebih dikenali sebagai stand-up comedian. Memang mantap dari segi persembahan, props, jalan cerita, dan kekemasan idea yang disampaikan dalam bentuk komedi dengan teramat jayanya. 

Dulu mungkin ya, aku memang minat sangat dengan Nabil. Namun hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, kelibat Nabil dari seorang yang rendah diri hinggalah bergelar personaliti paling popular pada tahun yang sudah di ABPBH. Produk pertama Raja Lawak yang memenangi anugerah yang berprestij itu mengalahkan siapa-siapa yang merasakan diri mereka popular.

Namun masalah demi masalah, kontroversi pun tidak mampu dikontrol olehnya, sedikit sebanyak mempengaruhi semangat peminat yang menyintai dan mengikuti kegiatan kariernya di dalam bidang seni. Masih terngiang kata-kata akhirnya di final Raja Lawak sejurus memenangi Raja Lawak buat musim ke-2, "Mak, akhirnya dapat jugak eden membuat mak banggo dengan eden. Memang eden tidak dapat bagi ijazah, namun hari ini eden bagi mak seorang Juaro." Maaf kepada orang nogori kerana aku bukan seorang pengguna dialog Jang Hoben Jang ni. Kata-kata Nabil di atas pun bukanlah 100% betul namun itulah yang eden faham. 



Bakat yang ado nampaknya Nabil masih tidak mampu menggunakannya dengan betul sehinggalah kini, beliau bangkit. Bangkit di dalam keadaan yang aku rasa agak susah walaupun dia mempunyai bakat dan  berjaya menggunakan bakatnya yang ada.. Ini adalah kerana ada nya makhluk yang dikira Pakar Spontan iaitu JOZAN. Johan mungkin agak tenggelam sedikit dengan populariti Zizan, juga kerana masalah personaliti yang dimiliki oleh Johan pada awal-awal namanya naik dahulu. Kini dia semakin bersih aku kira. Mungkin Mamat Khalid banyak membimbingnya. Mungkin juga aku boleh sebutkan antara pencabar-pencabar terdekat Nabil lagi adalah Sepah yang terkenal dengan Lawak Spontan berkumpulan mereka dan juga Amir, hahahahahaha apekah!! (Tak logik aku letak Amir, namun secara logiknya andai undian kepada Amir juga tinggi maka peratusan yang dimiliki oleh Nabil juga kurang, walaupun semua orang bersepakat musatahil Amir akan mendapat undian tertinggi.. hahahahaha).

Tapi aku kali ini akan mengolah mengapa JOZAN nampak macam biasa, tapi mampu menghadirkan gelak tawa di studio mahupun juga di rumah, dan mengapa juga Nabil seperti menjadi seorang Nabil yang sangat mantap serba serbi, malahan ketiga-tiga minggu ini persembahannya juga ada kelas yang tersendiri?

Aku nak pergi kepada JOZAN dahulu, kerana aku adalah seorang peminat setia yang tidak pernah mengundi mereka baik di Raja Lawak mahupun di Maharaja Lawak. Jozan... Jozan... Jozan. Mereka sangat best, aku rasa the best pair comedian yang Malaysia pernah ada. Lawak yang spontan, (memang mereka gemarkan lawak yang hadir secara spontan), wajah yang kiut, pandai menceriakan suasana dengan cuma menggunakan mood lagu dan sebagainya, mampu untuk melagukan sesuatu dengan baik dan yang penting sekali mereka tidaklah terlibat dengan kontroversi yang melampau seperti memeluk awek sendiri di depan khalayak ramai, bercium dan break up dengan awek yang lawa or something.

Mereka hebat, nama pun brand, tapi kenapa persembahan mereka biasa dan lawak. Bab lawak tu,  of courselah mereka pandai buat lawak, namun word biasa tu, kenapa biasa? Ini adalah kerana mereka tidak pernah rehat dengan pelbagai program. Idea-idea mereka banyak malah beribu-ribu sudah dikeluarkan untuk pengacaraan, talk show dan sebagainya.  Bagi aku, susah untuk memulakan skrip yang baru serta fresh, namun apa yang boleh dibuat adalah mereka boleh untuk mevariasikan idea mereka yang sudah terbukti ada dan berjaya, dan juga membangunkan idea-idea yang telah mereka gunakan. Ingat, JOZAN sudah ada peminat nya sendiri, tak salah untuk mereka terus menghiburkan peminatnya dengan lawak-lawak yang telah memikat jutaan peminat mereka. Namun variasi penting agar peminat tidaklah akan berkata, "alah benda sama jer, buatlah benda lain pulak!"




Nabil hebat, mengapa kurang peminat (mungkin akan berubah dengan adanya Maharaja Lawak). Aku masih ingat kawan-kawan aku yang  pernah meminati lawak beliau semasa di Raja Lawak dahulu mengaku bahawa Nabil kini tidak sehebat bercakap seorang diri di atas pentas. Cuba bayangkan dia menjadi Jozan yang sentiasa ada program dan menggunakan idea-idea yang baru yang tidak pernah terlintas dek manusia biasa, adakah Nabil bakal menunjukkan sengatnya seperti yang dilakuakn di dalam Maharaja Lawak kali ini? Nabil pasti akan menjadi biasa juga, namun tetap lawak, sama dengan Jozan. Nabil mengendalikan rancangan kanak-kanak? Seronok ke korang tengok cerita tu? Lawaknya banyak yang tidak menjadi malahan tidak setenang Aznil menjaga kanak-kanak yang dipentas. But, credit to him sebab dia mampu juga menjalankan tugasnya dengan baik malahan aku yang membebel ni mana dapat duit sebanyak dia. Hahahahaha...

Apabila berlakon pula, Nabil is Nabil, watak yang huru hara, kadang-kadang buat lawak seperti melampau pun ada (mungkin ikut skrip). Namun cuba kita cek di program Spontan, Nabil boleh buat lawak, namun apabila di dalam Spontan lawaknya persis lawak biasa. Ya, biasa seperti kita berlawak dengan kawan-kawan di dalam toilet atau di dalam kelas. Sama sahaja. Namun, cuba bagi ruang untuk dia buat lawak secara berdiri seorang diri, dan biarkan dia berimaginasi, dia pasti akan membawa kita ke dalam dunia dia. So salah siapa? Salah dia atau salah penerbit TV yang tidak pandai buat rancangan untuk nya? Berbalik kepada Lu Fikirlah Sendiri Nabil, rancangan yang dikendalikan olehnya, berapakah idea yang digunakan untuk membuat lawak seperti yang dibuat olehnya di pentas Raja dan Maharaja Lawak? Hampir 80 % tidak ada, malahan karakternya banyak dibantu oleh penampilan istimewa iaitu artis komedi yang diundang oleh nya. 

Ingat, bukan setiap masa kita bersua dengan Nabil di kaca TV, maka kita begitu teruja dan gembira dengan hasil yang ditunjukkan. Namun cuba fikirkan pula keadaan Jozan yang sentiasa mencurahkan ideanya untuk peminat, malahan baru sahaja habis mengacara Raja Lawak, rancangan talk show JOZAN, serta berlakon filem dan juga Zizan yang mengacarakan ABPBH pada Mac yang lalu. JOZAN cuma yang biasa sahaja, namun dekat dengan peminat, Nabil pula yang hebat mempamerkan kehebatannya seperti Lin Dan yang jarang ada di super series namun muncul di kejohanan dunia semata!

Jadi, di sini, aku ingin menegaskan bahawa, The Red Warriors kalah dengan Perak adalah di sebabkan keletihan beberapa pemain bintangnya, begitu juga dengan suasana yang di hadapi oleh kedua-dua bintang Raja Lawak ini. Jozan dan Nabil akan berjuang ke Final mengikut ramalan aku. Dan kedua-duanya akan membuktikan siapakah yang sebenarnya jaguh buat kelakar di Malaysia. Tabik untuk Nabil kerana berseorang namun tampil hebat, dan tahniah untuk Jozan kerana berusaha yang terbaik untuk jutaan peminatnya! 

Siapa yang akan menang? Lu pikrlah Sendiri!!!!! (Maaf, pinjam tagline Nabil lagi).
Monday, November 29, 2010

Travelog 200 : Dari sudut 2 mata aku terhadap 2 alam

Alhamdulillah, kebetulan yang bagus antara 2 alam dan artikel yang ke 200 kali ini. Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang bagus dan menepati citarasa semua pihak, tua dan muda, lelaki dan perempuan, masing-masing ada citarasa masing-masing. Lain halnya dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rozmey ini. Kenyataan yang menggempitakan 2 alam yakni alam dunia dan alam ghaib (geng jin dan setan - yang dijanjikan REJAM atas mereka-mereka ini). Apakah kenyataan itu? Tak tahu? Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mengikut segala kenyataan demi kenyataan Dr. ini di dalam setiap keluaraan Kosmo. Bagi yang melayari Kosmo Online, memang tidak akan tahu tentang beliau dan kenyataan menarik lagi sodap beliau. (Senyum sinis).



Baiklah, semalam aku dengan perasaan bangganya sebagai salah seorang rakyat 1 malaysia (meminjam kata-kata beliau daripada kenyataannya di selitan Kosmo) terus menuju ke Wangsa Walk untuk melayan cerita 2 alam yang digembar gemburkan. Permulaan yang baik dengan sorotan audio yang kadang-kadang menginsafkan, menyeramkan dan penuh dramatik (mungkin tepat untuk beliau maksudkan dengan seram tanpa melihat atau entah apa-apa tu). Teringat kembali kata-kata seorang daripada Ahli Lembaga Penapisan Filem suatu ketika dahulu di mana wartawan meminta komen setelah LPF meluluskan filem tersebut:

"Memang filem ni OK. Menginsafkan. Itu sahaja."

OK. Ye, memang OK. Tapi tidaklah tersangat OK. Cuma OK jer. Boleh dilayan untuk siapa-siapa yang mahukan kesedaran di tahap maksimum. Dan memang sesuai untuk insan-insan yang masih berdegil dengan kemewahan dan bermegah-megah dengan apa yang ada. 2 alam memang sesuai juga untuk spesis 2 alam umpama Amy dan Adam. Orang yang sama, perwatakan berbeza.

Gambaran hukuman Allah yang dipertontonkan agak jelas. Sama seperti ketika otak membayangkan apa yang dibaca di majalah Mastika, serta di drama-drama Indonesia seperti Anak Derhaka Menjadi Batu dan sebagainya. Jikalau anda seorang yang anti drama Indonesia, maka anda boleh melayari cerita ini dengan perasaan "owh ada ye cerita macam ni!" "Best jugak cerita macam ini. Insaf aku".

Ceritanya janganlah dibandingkan dengan Harry Potter kerana mesej nya sahaja pun berbeza, malahan Harry Potter sudah menempa nama bermula daripada penerbitan novel lagi, manakala naskhah Dr Rozmey pula cuma naskhah 'hebat' di luar sahaja, namun tidak segah di dalam panggung. Bukan luahan berbaur dengki sesama Melayu, tidak, bukan juga untuk mengecam karya Melayu, namun di sini kita sudah belajar sesuatu, hendak-hendak bagi yang berkuasa dan berwang jutaan, usahlah menabur cerita sesedap mendengar daripada merasa. Berwaspadalah daripada menjadi syirik dengan keagungan nama serta pangkat. Usah mendabik dada mencari publisiti, bertatihlah seperti mana kamu bermula dalam bidang perniagaan. Ingatlah itu semua pemberian Tuhan, dan 'pinjaman' Allah ini bila-bila sahaja akan ditarik.

Tentang Cerita Itu.


Amy (seorang perempuan) dan Adam (seorang lelaki) adalah berjasad yang sama. Adam lebih dulu menempah jasad itu sebelum Amy mengambil alih  sejak dia ke luar negara untuk menyambungkan pengajian. Berbeza pula dengan kawannya iaitu (aku lupa namanya) yang menyambung pengajian ke Mesir, hasilnya menjadi imam muda di kampung serta menjadi imam kepada jenazah amy @ adam. Perjalanan Amy @ Adam ke alam Kubur di selang selikan dengan latar belakang hidupnya yang penuh dengan noda. Sejak bergelar 'wanita' serta artis di Malaysia, Amy sudah membuang agamanya jauhj-auh daripada kehidupannya. Namun dia lupa, setiap kehidupan menuntutkan jawapan. Dan Amy terpaksa menjawabnya dengan kesukaran yang amat, maka kesukaran tersebut divisualkan dalam bentuk kesengsaraan Amy di dalam persiapannya jasadnya untuk ke kubur. 

Keputusan di Tangan Anda.

Bagi aku, cerita ini seakan-akan cerita Tanah Kubur lakonan mantap arwah M.Rajoli di Astro. Jalan cerita yang sama, namun kisah kehidupan yang dipaparkan sahaja yang berbeza.


Monday, April 5, 2010

The Story of the First King’s Four Gods; Episode 1


Seorang pemimpin dunia di turunkan daripada kayangan iaitu Raja Hwangwoong. Dia datang dan menjadi Raja yang menggabung kan 4 negara menjadi satu dan hidup dengan aman serta harmoni. Jauh daripada suatu sudut kelihatan satu dunia yang yang di perintah oleh Puak Api, dan yang menjadi lambang keagungan mereka adalah sebagai pemegang kepada Pheonix (The Guidance of Pheonix). Sebagai pelindung kepada Pheonix, mereka sepatutnya melindungi dan mengikut pemerintahan Raja Hwangwoong, namun dek kerana tidak dapat menerima tanah dan kawasan mereka semakin sedikit dan kewibawaan mereka seakan terhakis kerana glamour nya pemerintahan aman Raja Hwangwoong.

Maka peperangan yang memang sudah di takdirkan tetap berlaku antara Negara Joo Shin dan Puak Api yang memberontak. Pemegang puak api adalah seorang perempuan di mana mempunyai kelebihan bermain dengan api, namun seandainya kuasa api di badannya tidak dapat di kawal maka binatang yang digelar Black Pheonix akan muncul, maka itu tandanya kemusnahan dunia!

Raja Hwangwoong memang terkenal dengan perwatakan yang cukup sempurna bagi seorang pemimpin yang sejati,. Sikapnya yang baik membuatkan semua boleh jatuh hati kepadanya termasuklah Raja Puak Api ini. Perasaan ini muncul apabila dia di rawat oleh Raja Hwangwoong sendiri ketika dia mendapat kekalahan setelah bertarung dengan tentera Joo Shin.

Perasaan benci menjadi sayang. Dia bertekad untuk setia di belakang Raja Hwangwoong dan berikrar untuk tidak mencampuri rakyat Joo Shin lagi dan tidak mencederakan mereka seperti sebelum ini. Namun ianya tidak kekal lama. Raja Hwangwoong tahu akan hakikat itu kerana Puak Api akan kembali juga kerana perasaan tidak puas hati mereka dengan pemerintahan Hwangwoong dan mendakwa hak-hak mereka telah di cabuli. Akhirnya berlaku lagi peperangan.

Raja Hwangwoong muncul menyelamatkan keadaan dan sekali lagi berhadapan dengan Ketua Puak Api. Raja Hwangwoong sudah bertekad ingin merampas kuasa yang ada padanya pada malam tu. pertarungan yang hebat berlaku, namun  Raja Hwangwoong berjaya merampaskan kuasa apinya dan memerengkapkan di bawah satu mutiara. Maka ia di gelar sebagai simbol Pheonix. Dalam masa yang sama Raja telah jatuh hati kepada seorang perepuan daripada rakyatnya yang merupakan gadis yang sangat berani dan tangkas dalam peperangan. Simbol tersebut di berikan kepada gadis itu.

Oleh kerana kekalahan itu, Ketua Puak Api bertekad untuk bersama dengan Raja Hwangwoong kerana tertarik dengan belas kasihan yang di tunjukkan kepadanya. Dia sanggup membunuh puaknya sendiri demi mengejar jejaka pilihan hatinya.

Sangat perit. Pedih bercampur sakit hati apabila melihat Raja Hwangwoong sudah pun memiliki seorang perempuan. Dia kembali kepada puaknya dan men'declare' satu lagi peperangan, namun objektifnya kali ini adalah untuk merampas anak yang baru di lahirkan oleh perempuan hasil perhubungan dengan Raja Hwangwoong. Baby tersebut harus di lindungi kerana dia adalah bakal pemerintah di masa akan datang. Namun ketua puak api tetaop dapat merampas baby tersebut dan mengugut untuk raja Hwangwoong datang berjumpa dengannya di sebuah gunung.

Di gunung itulah semuanya bermula. Peperangan yang dahsyat berlaku. Ketiga-tiga ekor binatang lagenda di bangkitkan. Kita kembali kepada babak di gunung.

Kelihatan perempuan puak api sedang mendukung baby. Ibunya yang baru sahaja melahirkan anak tersebut berhempas pulas mengejar dan sanggup untuk mendaki gunung tersebut bagi menyelamatkan anaknya.Anda mampu membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang sangat sayangkan anak yang baru sahaja dilahirkannya. Ketua puak api cuba mengugut untuk membuang bayi tersebut, dan memang bayi tersebut betul-betul terjatuh. Perasaan sedih, sakit hati yang dalam berjaya membangkitkan Black Pheonix. Ingat lagi yang Raja Hwangwoong pernah menghadiahkan mutiara Black Pheonix kepada nya selpas menyedut daripada Ketua Puak Api? Yeer, mutiara itulah yang berada di lehernya menyahut perasaan amarah tahap tertinggi dek kerana perbuatan Ketua Puak Api yang sanggup membuang bayi miliknya.

Namun bayi tersebut berjaya di selamatkan oleh Raja Hwangwoong yang akhirnya muncul sambil mendukung bayinya. Black Pheonix membakar semua kampung yang ada, Raja Hwangwoong terus memanggil ketiga-tiga ekor binatang pelindungnya iaitu White Tiger, Snake Turtle dan Blue Dragon untuk menangani Black Pheonix. Namun ia nya gagal. Satu-satu nya jalan yang harus Raja Hwangwoong ambil adalah dengan memanahkan sendiri Isterinya yang sudah di kuasai oleh Black Pheonix.

Memang takdir kematian isteri yang disayangi di tangan panah kayangan miliknya. Matinya pelindung Black Pheonix maka Black Pheonix menjadi lumpuh. Manakala si ketua puak api turut membunuh diri dengan terjun ke dalam gaung setelah menyedari hidupnya tidak berguna lagi dan berikrar akan memastikan Raja hwangwoong adalah miliknya di hayat akan datang.

setelah kegagalannya memerintah bumi maka Raja Hwangwoong kembali ke Kayangan dan meletakkan simbol keempat binatang pelindung lagenda di tempat-tempat yang berbeza dan di jaga oleh puak-puak yang berbeza. Mengikut ramalan, seorang Raja akan muncul selepas bintang Joo Shin akan bersinar. Dan Raja tersebut akan membawa misi Kayangan di dunia.

Ribuan tahun berlalu...

Para cendekiawan mereka membawa cerita akan muncul bintang Joo Shin. Dan lahirlah seorang putera di bawah sinaran tersebut yang akan membawa keamanan di dunia. Bukti akan kelahirannya adalah dengan keempat simbol binatang lagenda akan turut bersinar ibarat 'bangun' dari tidur mereka yang panjang.

Di suatu kota yang di perintah oleh seorang raja, kelihatan dua orang wanita yang sarat mengandung dan sedang bertarung nyawa melahirkan anak. Satu sahaja impian mereka agar anak mereka lahir di bawah sinaran bintang Joo Shin. Seorang melahirkan anak di kawasan pergunungan dan seorang lagi di lahirkan di dalam istana. Walau pun dua-duanya adalah adik-beradik lantaran ketidak puasan hati si adiknya yang  melahirkan anak di istana maka si kakak sanggup lari ke gunung bagi menyelamatkan anak nya. Ini adalah kerana cuma seorang yang akan menjadi Raja JOO SHIN , bukan DUA!

Sinaran tepat di ubun-ubunnya.

"EEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKK" Tangisan bayi menjelma di seluruh pergunungan.

Tidak lama kemudian, di satu sudut di dalam istana pula bergema,

"EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKK," maka seorang lagi berjaya di lahirkan di bawah bintang Joo Shin.

Si ibu yang di istana terus merasakan anaknya adalah anak terpilih dan berjanji akan membantunya agar dapat menjadi Raja Joo Shin.

Manakala di pergunungan si suami dengan wajah yang gembira namun jelas kerisauan tetap ada kerana memang anak nya adalah anak pilihan, dan kini misinya adalah untuk terus hidup demi menjaga anaknya sehinggalah beliau di tabalkan menjadi raja.

**************10 tahun kemudian**************

"Di khabarkan raja sedang gering sekarang ini, menteri-menteri kabinet pula sedang berteka-teki siapakah yang akan menggantikan raja," sembang seorang rakyat.

"Yelah, dah lah raja tidak ada anak..." Balas seorang rakyat jelata.

"Beta ada pengumuman yang ingin di buat.. uhuk! Uhuk! Uhuk!," berketar-ketar suara Raja sambil di selang selikan dengan batuk. Semua memanda menteri mendengar dengan khusyuk.

"Beta sudah ada penggantinya...uhuk! uhuk! Uhuk!"

"Siapakah tuanku?" dengan tergesa-gesa Menteri Yon yang merupakan bapa kepada bayi yang di lahirkan di istana 10 tahun yang lalu.

"Beta akan menyerahkan takhta kepada kekanda beta," jawab Raja sambil menunjukkan kepada bapa kepada e' futere Joo Shin King.

"Tuanku tidak boleh buat begini! Dia bukan keturunan kita! Takde darah diraja pun pada dia! Lagi pun bukankah anak adinda yang lahir di bawah bintang Joo Shin?" balas adiknya yang datang secara tiba-tiba iaitu ibu kepada anak yang lahir di istana yang di beri nama sebagai Yon Ha Guo.

Tanpa mempedulikan apa kata adik perempuan bongsunya, Raja memanggil anak saudaranya iaitu Dam Deuk (baru berumur dalam lingkungan 11 tahun) yang turut lahir di bawah sinaran bintang Joo Shin lalu berbisik kepadanya di dalam keadaan yang agak tenat,

"Beta tahu kamu adalah Raja terpilih suatu hari nanti kerana kamu ada darah kayangan yang mengalir dalam diri kamu. Beta mahu kamu menjadi Raja suatu hari nanti. Beta dan ayah kamu akan terus melindungi kamu sehinggalah kamu menjadi Raja Joo Shin, aduh..." Sambil memejamkan mata menahan kesakitan...

"Tolong jadi Raja Joo Shin, janji pada Beta wahai Dam Deuk!" seraya mengakhiri kata-katanya Raja terus meninggal dunia, mati di bahu si kanak-kanak yang masih keliru itu.

"Setelah kematian Raja kita, dan amanat yang telah di sampaikan tadi jelas bahawa adik nya yang kedua bakal menggantikan Mantan Raja" Terang ketua Kuil yang merupakan majlis tertinggi dan jua merupakan wakil atau perantara di antara dunia nyata dan kayangan. beliau juga tahu bahawa pilihan raja adalah tepat kerana cukup yakin bahawa Dam Deuk adalah kanak-kanak terpilih.

Selesai majlis pertukaran takhta, Raja baru memanggil anaknya untuk berbicara di kamar peribadinya.

" Anak ku, satu pesan ayahanda padamu agar kamu patuhinya demi keselamatan mu kerana janji ayahanda adalah untuk menjaga kamu. Ayahanda menjadi raja adalah kerana satu sebab iaitu ingin menjaga kamu. Ketahuilah anakku, kamu adalah Raj Joo Shin yang akan menyatukan 4 negara dan menjadi satu iaitu Joo Shin, kamu lah yang terpilih..." terang Raja baru dengan panjang lebar.

"Anakku, ayahanda akan pastikan kamu selamat. Ayahanda janji, namun satu perkara sahaja anak mesti lakukan..." Sambung Raja.

"Apakah dia ayahanda?"

"kamu harus hidup seperti kamu tidak wujud di istana ini."

Berkerut dahi si anak. 'Bagaimana?' itulah persoalannya yang bermain di mindanya.

"Kamu harus melindungi kebijaksaan dan belas kasihan kamu itu. Jangan tunjukkan bahwa kamu ni pintar, baik dan berkelayakan dan pandai bermain pedang di depan khalayak atau di istana. Kerana saat kamu menonjolkan diri kamu, nescaya kamu menempah maut dan berada di dalam bahaya. Biarlah orang lain menyatakan kamu ini adalah anak yang bodoh dan mereka tidak langsung mempedulikan kamu Ayahanda tidak mahu benda itu berlaku jadi.. tolonglah ayanhanda.. bolehkah kamu berjanji dengan ayahanda?" Tanya si  bapa dengan berhati-hati.

"Baiklah ayahanda."

Lega terlihat di dahi si ayah. Perlindungan anaknya harus di utamakan kerana dia lah Raja di Masa Hadapan, iaitu Raja yang membawa misi kemananan satu negara yang menggabungkan 4 negara dan menjadi Joo Shin. Raja yang mendapatkan perlindungan daripada 4 binatang lagenda dan dialah Raja JOO SHIN!


  > Bersambung....

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake