Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts
Wednesday, November 9, 2011

Travelog 261: Seekor Anak Gajah di Impian Morib Resort!

Maka tersebutlah kisah seekor anak gajah,
Resah gelisah tidak tentu arah,
Ke mana harus dituju kalau tidak ke lembah,
Hutan diredah sungai dibelasah,
Namun, anak gajah hanya menjawab Entah!
'Aku tak tahu kemana lagi, aku pasrah!'

Jong jong inai, mak ipung rajawali,
Anak gajah tersengih menampakkan kecilnya gigi,
Terdengar suara misteri, anak gajah berlari-lari,
Untuk selamatkan diri dia bersembunyi,
Ternyata lembaga misteri muncul kembali!

Anak gajah ketakutan menangisi nasibnya yang malang,
Berselindung di balik batu, menyembunyikan bayang-bayang,
Terdengar derapan kaki mendekati, hati bagaikan nak melayang,
Peluh memenuhi dahi, badan dan pinggang!
Menggeletar kepala lutut bukan kepalang,
Fokus telinga menduga kejahatan sebarang...

Sunyi.
Sepi.

Bunyi siulan burung bergema,
Kokokan ayam berlaga nada dan irama,
Desiran air sungai berbunyi bersama,
Si anak gajah membuka mata.
'Ah, bermimpi rupanya, ingatkan benar semata!'
Anak gajah bangkit dari tidurnya..

Tidur yang panjang lenanya tiada,
Tersesat di hutan debarannya terasa,
Namun mimpi melegakannya,
Sedar tak sedar, di Impian Morib dia berada!

Tadddaaaaa anak gajah peliharaan Mujahid Rindu.....
Wednesday, November 17, 2010

Aku Menulis di Pagi Hari Raya...

Nun jauh sayupsayup..
Takbir bekumandang..
Aku masih seorang..
Beraya di perantauan.

Terkenang lemang dan rendang..
Di hari raya qurban...
Terkenang Mom dan Dad, Kakak dan Abang...
Cuma senyum kambing yang boleh aku ukirkan...
Kerana semuamya muncul dalam bayangan...

Seorang lagi..
Bukan pintaku...
Sesungguhnya di kampung lagi bahagia...

Mom told me that..
At tempoh hari, when we sembang through telepon...
Mom, Dad. dan GrandMama take part dalam bahagian Qurban tahun ini...
Pakat-pakat kumpul duit..
Untuk mendapatkan seekor Buroq...
Tunggangan ke Syurga pastinya....

Oh sayangnya lagi...
Aku masih bukan di kampung hari ini...

Aku pun tak mandi lagi ini...
Dan ingin aku bersuci..
Di pagi yang mulia...
Bukan senang untuk sendiri..
Perlukan pengorbanan yang sudah pasti..
Perlukan kebiasaan untuk menjadi lali..

Namun harus diingat..
Kebiasaan bukan satu halangan...
Kerinduan wajib jua ditanam...
Kasih sayang semestinya di hadapan..
Agar lali tidak menghanyutkan...

Ahhh.. tetap sayang jua!
Aku semestinya bukan di kampung hari ini.....

Dengan ucapan tulus ikhlas, aku, budak lelaki daripada Hulu TErengganu mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA. Makan jangan banyakbanyak. Sambutlah dengan kesederhanaan gitu!
Tuesday, November 2, 2010

Setahun Berlalu....

Masih ingat 22 November 2009?

Waktu ini aku, adil dan paliq turun ke Gua Musang kerana semata-mata ingin mendapatkan 3 ekor lembu. Masing-masing tolak-menolak pajero ayah Paliq ketika mana enjinnya mati. Kenangan yang melucukan. Membontoti lori JHEOA, melalui jalan Bertam Valley, jalan yang bersejarah buat sejarah Comrade itu sendiri. Dan kini, jalan barunya sudah pun siap, laluilah dengan perasaan gembira dans elamat, tidak seperti kami-kami yang dulunya pernah berjalan kaki di atas jalan tanah yang boleh tahan becaknya. Kalau saiz kasut anda 6, bila dah sampai di kampung, mungkin nampak saiz 30.... kasut anda menjadi besar kerana mengheret tanah-tanah yang basah dan lembap!

Masih ingat aidiladha 2009?

Waktu tukan, Jiju kita lah yang jadi Pak Syeikh 'kering'. Beliaulah imam solat sunat aidiladha, dan juga pembaca khutbah. Manakala Pali kita pula berhempas pulas menyembelih lembu dengan pisau yang ditumpulkan oleh 'foreigner'. Macam- macam hal yang berlaku. Ragam orang asing dengan ragam masing-masing, memang tak asing. Tengah-tengah khutbah, ada ke patut datang india jual makanan. Mentang-mentang Raya Haji jer, dia buat tak tahu, dia punya Deepavalli kita pun tak datang kedai dia lah!

Anda masih ingat? Atau sudah melupakan kerana mudah melupakan sesuatu? Ini adalah sejarah aku, kau, awak, kita, kome, beliau dan korang! Bukan mudah untuk bercerita andai tiada bukti, bukan mudah untuk merasai andai tidak melihat sendiri....

Apa lagi! Dapatkan video Dokumentari Khas Aidiladha 2009, 45 minit akan membawa anda kembali ke tahun yang lalu. Saat kita mengorbankan masa dan tenaga, demi kaum pribumi!


Saturday, November 21, 2009

KENANGAN YANG TERSINGKAP :)

Walau bertahun ia berlalu,
Bagai semalam, ia bertamu
Kenangan kita, sering di ingatan...
Membius cinta, Rahmat dariNya...

(ramai-ramai)
Kasih dan sayang, yang kita jalinkan..
Tak berubah, walau berjuta halangan...
Indahnya budi, kerana santunnya,
Begitulah erti persahabatan kita.....

Kenangan yang sering bertandang, (aaaaaaaaa...aaaaaaa)
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
(ramai-ramai)Oh bahgianya, OH indahnya..

APabila, aku termenung oohhh,,,
Lagu rindu berputar kembali
menyingkap kenangan, saat indah bersama
suka duka dittempuh bersama...


(ramai-ramai)
Kenangan yang sering bertandang,
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
Oh bahgianya, OH indahnya..

haaaaa haaaaa haaaaaa haaaaa haaaa haaaaaa haaaa haaaa

APabila, aku termenung oohhh,,,
Lagu rindu berputar kembali
menyingkap kenangan, saat indah bersama
suka duka dittempuh bersama...

Kasih sayang, yang kita jalinkan..
Tak berubah, walau berjuta halangan...
Indahnya budi, kerana santunnya,
Begitulah erti persahabatan kita.....

(ramai-ramai)
Kenangan yang sering bertandang,
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
Oh bahgianya, OH indahnya..3x

Surprise!!! Ini lah lagu terbaru aku atau lirik kerana lagunya masih perlu di susun.. dan InsyAllah akan di nyanyikan pada majlis ALUMNI X-GRIMIS esok... x sabar rase nya... heheheheh
Wednesday, September 16, 2009

Kasihku Abadi

Alhamdulillah aku sudah pun berada di Kuala Berang, tmpat aku membesar dgn jayanya.. aku banyak utk di sharekan tgk lah nanti bile aku sudah pun berada di UIA... kerana kemudahan berada di sana. segala video dan gambar akan bungkuskan menjadi kompilasi video raya aku buat aku tahun ini. terasa istimewa lak raya tahun ini.

Setiap perjalanan hidup kita dalah pembelajaran. Aku tak kisah di labelkan apa ajer, janji hubungan aku dgn al-Kholiq tdak terjejas walaupun sedikit.. di sini aku luahkan sesuatu kat seorg 'kawan' yg meungkin masih terasa dgn tindakan aku....

kawan,
memang pahit utk di telan,
hakikat yg payah utk di rungkai,

sesungguhnya,
keadaan aku kitika itu,
bagaikan di tindih seekor gajah,
tersepit antara dua,
dua perasaan dalam satu masa,
dua keadaan yg harus ku jaga,
dua generasi yang pentingnya sama..

kawan,
kekhilafan dalam mengerti perasaanmu,
menjadi titik pemisahan,
antara kita,
kekhilafan aku dam memahami mu,
menjadi duri dalam haruman kita pd suatu ketika...

maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku
aku tdk sngaja....
Monday, August 24, 2009

Ubat Kecewa!!

Senyum di tepi bukit,
Kelat, Tidak bErlagu,
Senyum di Muara air,
Deras, tiada tenang nya,

Luahan demi luahan terungkap,
Semua terucap, biarlah pokok, daun-daun, ranting2, dan air
memahami...

cuma satu saat diperlukan,
utk memusnah jutaan impian,
sedih, khayalan tetap khayalan, tiada yg nyata,
kelu. Tidak terkata.

setahun berlalu,
hati masih begitu, kekal, namun tiada rasa,
hari ini, cukup perasanya, makin kelat, makin pahit!
kata-kata itu membunuh aku,
Cukup memeritkan, biar aku sorang,
pendam sedalam lubuk hati...

titisan manik air , menyejukkan perasaan yg panas,
bergelora... Perasaan berkecamuk, bercambur baur...
namun aku harus terima, itu lah kenyataan dunia,
khayalan tetap khayalan,
yang nyata adalah nyata,
dan tetap akan jadi nyata,
sampai bila2..

namun aku akan pergi juga,
melangkahke depan,
dgn khyalan....
yg nyata tetap nyata,
aku terima,
tapi aku takkan lupa khayalan aku,
cuma satu,
biarlah aku berlalu dgn khayalan itu berrsama
cukuplah, biar aku sendiri,
menyatakan khayalanku...

biarlah kau pergi!
Biarlah kau pergi!
Biarlah kau pergi!

Setiap yg pergi akan kembali,
yg bertemu ttp akan berpisah...
kita akn bertemu suatu hari nanti,
dgn aku wajah yg lain,
dan engkau nyata berbeza....

Ikrarku, biarku sendiri,
Hidup mati, biar sendiri,
Cuma Allah penemanku,
Suka Duka ku
Dia lah penawarnya...

Kekecewaan akan terubat, Dengan sedikit semangat....
yan kau pernah taburkan....

Ku ingat, dan aku ingat sampai bila2... sehingga saat org menyatakan aku gila,
Dan kau akan ingat, suatu hari nanti, kau akan mengerti, apa erti pemberi,
secantik kamar hati, nur kasih di cari, agar impian kasih menjadi nyata, kerana hanya Tuhan mengetahui, akn segalanya.....
Monday, May 11, 2009

Puncak Kasih...

Deruan motokar menggamit sang samudera,
Kasih termeterai bukan kerana nafsu semata,
Islam di puncak cuma sejarah terlakar,
Bukankah masa kita cuba membuktikan?
Tiada yang mustahil, tiada yang peduli,
Komposisi berkhilaf, beda yang jelas,
Tiada yang peduli, sedih! tiada juga yang peduli,
2 Dunia cukup berbeza, Dunia Akhirat tidak sama,
Namun satu jalan, membawa keduanya,
Dalam satu irama, nota lagu membuai syahdu,
semangat bersatu menuju, jambatan dunia
hujungnya akhirat, kekal selama,
Hutang terlerai, dengan azab atau nikmat,
pilihlah! tiada yang mustahil,
Pada puncak kasih,
Daripada Sang Pencipta Dunia......
Tuesday, April 28, 2009

bila ku lihat rahsia waza...

Jatuh bangun, bergolek itulah kehidupan...
Sedar tanpa sedar, ianya jatuh bersendirian,
secara tiba-tiba pula ianya bingkas bangun....

lamunan terhenti, azan menyeru,
sapuan air murni diselangi niat suci,
kukucup udara lalu, tersa sejuk,
sampai ke sendi...
ku biar ianya lalu, terasa tercucuk,
sengat sang bayu, dinginnya pagi menyulam kalbu...

yang lain lena, bukan kepalang,
denyutan nadi terhenti, gegar samudera,
takutnya hilang segenap harta...
manusia hina cintakan dunia,

kuberdiri gagah, menyusun segala gerak geri,
tertib menghala ke Baitullah,
di tengah dunia, terbukti bercahaya,
suluhan nur Ilahi,
takkan pudar, bagi sang pencinta,
Buat si Pencipta,
Yang Maha Kuasa...

lurusnya barisan,
ramai, itulah harapan....
namun hakiki, kini,
cume seperdua, dibilangnya mampu,
ditiup pun rebah.....
tak berlagu....

p/s: korang paham tak paham lantak ah.. ni ah antara karya terulung aku..hahahahaha banyak lagi, namun a samad said pinjam.... (poyo jek!) xder ah, walau bagaimanapun setitis pujangga berlagu adalah titisan emas lagi berharga bila jalannya adalah dakwah....

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake