Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Bola Story. Show all posts
Showing posts with label Bola Story. Show all posts
Wednesday, November 23, 2011

Travelog 264: Harimau, Garuda, Fakri & Siapa Maling?

Apabila melihat tajuk di atas, semua sudah maklum bahawa ini adalah artikel bola sepak Sukan Sea di Indonesia. Seluruh tempat bergembira pada 21 November 2011, tarikh keramat menyaksikan Harimau Muda berjaya menundukkan Garuda Muda di Gelora Bung Karno. Perlawanan ini juga digelar sebagai perlawanan 'Derby Nusantara' atau 'el-classico Nusantara'. 


Di sebalik info atau maklumat daripada para petugas media di sana, kita turut sama merasai betapa kuatnya tekanan yang dirasai oleh para Harimau Muda kita. Latihan yang jauh, gangguan psikologi di luar atau dalam padang membuatkan skuad kita memerlukan kekuatan yang tinggi untuk memenangi kejohanan ini. 

Ya, kita diundi di dalam kumpulan 'neraka', namun kita berjaya menjadi juara kumpulan. Dengan niat tidak mahu bertemu dengan Vietnam yang dikatakan agak 'power' kita berjaya mengalahkan Garuda Muda. Ya, memang kita tidak bertemu Vietnam di separuh akhir, namun rupa-rupanya kita bertemu dengan Myanmar, pemenang pingat Gangsa. Terkejut bukan? Ramai yang beranggapan Vietnam mampu menundukkan Myanmar dan seterusnya memenangi pingat gangsa, namun sebaliknya yang berlaku. Secara kesimpulannya, kita sudah pun berlaga sama pasukan yang kuat di separuh akhir!

Saat laungan lagu Negaraku didendangkan di GBK, dalam masa yang sama kita akan mendengar laungan Maling! Maling! Maling!. Dan maling ini bermaksud pencuri, ya, kita dituduh oleh mereka adalah PENCURI. Itupun kerana kuatnya fitnah media mereka terhadap kita. 

Yang paling penting di sini, pemain kita serta coach Ong Kim Swee berjaya menjadikan laungan ini sebagai bentuk motivasi. Ramai orang yang berada dalam situasi tertekan dengan kehidupan, masalah yang meruncing boleh mengambil pengajaran dalam pertandingan ini. Bagaimana OKS mengambil pendekatan reverse psikologi semasa berdepan karenah penyokong tuan rumah harus kita analisis dan praktikkan.

Seperi mana kata-kata beliau yang dipercayai digunakan oleh OKS sebelum perlawanan kepada anak-anak buahnya:

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swe ♥



Tiada siapa pun maling di sini. Dua jagoan ini berentap dengan adil, namun tidak pada penganjuran serta pegawai latarnya. Perlawanan serang menyerang, bertahan mati-matian mengheret ke sepakan penalti di mana Kapten Marvel Baddrol Bakhtiar berjaya menyudahkan sepakan penaltinya yang penuh dramatik.

Tahniah skuad Harimau Muda, menang kalah aku tetap bangga dengan pencapaian serta semangat kalian. Kepada pejuang agama gunalah semangat yang sama dalam memperjuangkan agama kita, kepada sukarelawan da'e yang sentiasa turun ke lapangan bawalah semangat yang tinggi seperti kita teramat cintakan agama, bangsa dan negara. Patriotik pada agama lebih mulia kerana ianya membawa kepada kesejahteraan sesebuah negara!

A: Maling! Maling! Maling! Maling! 
B: Mana? Mana? Telefon polis sekarang!!!!

Apa-apa pun, malam ini kasi gegarlah Stadium Bukit Jalil belaker!!! 

2012 Olympic Qualifiers (Football AFC)
Malaysia vs Syria
23 November 2011
8:45 Malam
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur 
Live di RTM1 dan Astro Arena


Ini pula kata-kata nasihat daripada Jejaka Terkenal Malaya, Mujahid Rindu:

Mungkin ada yang baru tahu tentang bola sepak, mungkin ada yang hairan kenapa ramai Malaysian yang mencarut di laman2 sosial (utube, facebook, twitter) membelasah indonesia.. pokok pangkalnya kita dihina, ditekan, dimusuhi oleh sebilangan rakyat indonesia di sana, atlit dengan keputusan tidak adilnya, pegawai media dengan layanan paling buruk yg pernah diterima, lagu negaraku dihina dengan diiringi jeritan maling! maling! namun janganlah kita menjadi seperti mereka, biar kesyukuran serta terima kasih kita berikan, bukan cacian.... tunjukkan kita ada maruah.. masih ada indonesia yg baik dan mengerti... ok, peace!
"Cerita Harimau Muda ada, Garuda ada, Maling ada, cerita Fakri mana?"
"Fakri? Errr.... lan kali lah, apa -apa pun semoga Fakri bertambah ilmu bola sepaknya ya.."
Tuesday, November 8, 2011

Travelog 260: Skuad TRW 2012. Go More Klate Go More!

Walaupun aku orang Ganu Nelang (hahahahha) aku lebih sukakan skuad the Red Warrior a.k.a Kelantan.Habislah aku, sek ganu mesti marah kat aku, namun begitu aku sudah pun menulis sebab mengapa aku jatuh cintakan bola sepak Kelantan. Nak tahu, baca di sini ya.

Aku begitu kagum dengan semangat serta budaya bola sepak di Kelantan berbanding di negeri lain hatta Selangor pun. Kelantan seolah-olah menjadi pemangkin kepada peminat bola sepak tanah air lain untuk sama-sama menyokong pasukan negeri masing-masing setelah penyokong Kelantan sentiasa cuba untuk menghadirkan diri walau di mana Kelantan bermain. Bayangkan stadium perak kemabli bergegar sebermulanya mereka melawan TRW dengan memenuhi stadium mereka, dengan niat 'ingin melihat Kelantan kalah pada malam itu'. Ya, Kelantan kalah dengan 4 - 0, kalau aku tidak silap. 

Kemudian semasa berlangsungnya Piala Malaysia yang menyaksikan kelantan kalah dengan skuad Ganu Nelang (skuad negeri aku), sekali lagi Kelantan mempengaruhi penyokong Sarawak agar memenuhi stadium mereka demi melihat skuad Kelantan dikalahkan oleh Bujang Senang, namun gagal. Walaupun stadium mereka penuh, namun gaya dan taktikal Kelantan ternyata berhak di atas kemeangan itu.

Sedikit demi sedikit pembaharuan dilakukan oleh TSAM atau Tan Sri Annnuar Musa. Kekuarangan sekarang adalah sokongan oleh Kerajaan Negeri. Dari sudut politik memang banyak benda yang berlaku serta permusuhan dalaman di antara beberapa orang YB kerajaan negeri dengan TSAM, namun bagi aku, TSAM tidak perlu untuk meminta bantuan kerajaan. Mungkin situasi sekarang mungkin TSAM sangat memerlukan bantuan, namun respon positif daripada para penyokong Kelantan ternyata di luar dugaan kerana ada yang sanggup untuk membuat tabung derma kilat untuk skuad Kelantan!

Ini mengingatkan aku dengan beberapa sejarah kelab bola sepak tertua dan yang lama di Eropah. Daripada kelab bola sepak biasa atau bertaraf amatur, rakyat bandarnya berganding bahu melabur beberapa duit untuk sama-sama melihat kelab mereka naik sedikit demi sedikit. begitu juga di Jepun. Asalnya kelab-kelab bola sepak mereka datangnya cuma daripada kilang-kilang, lombong serta syarikat biasa sahaja. Kini, siapa yang tidak kelal Urawa Reds, Gamba Osaka, Jubilo Iwata dan sebagainya. bahkan mereka juga berupaya untuk melahirkan pemain-pemain yang sangat hebat dan setanding dengan pemain-pemain tersohor yang lain.

Kita harus memandang masa depan. Usahlah dibuai semangat amatur dan semi pro. Biarlah masa itu berlalu dengan kita membina satu impian untuk masa depan. Kelantan cuba lari daripada budaya Politiking, yang ternyata membelenggu hampir kesemua skuad negeri-negeri yang lain, hatta di dalam FAM pun ada YB dan juga ADUN. Kelantan juga sedang memajak tiang empayar mereka sendiri dengan membuat sesebuah sistem yang baharu di dalam liga kita dan juga dah lama dipraktikkan di dalam luar luar negara. Di Kota Bharu lah juga buat pertama kali dalam sejarah liga M, referee memaki hands-free untuk berkomunikasi dengan pengadil kedua dan ketiga.

Kemeriahan di sana juga gah disiarkan di akhbar Sinar Harian Kelantan, trw.fm, di facebook peminat-peminat mereka seperti Kelantan the Red Warriors (2011) dan Ultras Kelate the Red mania. begitu juga dengan website mereka yang lebih elegent berbanding website skuad negeri yang lain ataupun kelab bola sepak yang lain iaitu di theredwarriors.com. Namun daripada sudut video aku rasa mereka tidak ada lagi. At least youtube channel mungkin, seperti TRW TV Channel. Setakat ini cuma video-video garapan para editor yang kebosanan atau fanatik sahaja yang ada dan boleh di dapati di laman web theredwarriors.com.

Untuk para peminat kelantan atau skuad TRW, inilah dia skuad utama TRW musim 2012. Kita harap agar TRW terus unggul mengetuai carta kemeriahan bola sepak tempatan. 


NAMA TRW 2012 MENGIKUT NO JERSEY.....

1.shahrizan..
2.Azizi mat rose..
3.s subramaniam
4.okine,emmanuel
5.NIK Mohd azim
6.Mohd Farisham
7.Mohd Ramzul
8.Mohd Syakir
9.Norsyarul idlan
10.nurfarhan
11.mat Aziz
12.NURUL AZWAN ROYA
13.INDERAPUTRA
14.Zamri Ramli
15.Daudsu
16.Mohd Badri Radzi
17.Rizal Fahmi
18.dennis ANTWI
19.khairul Fahmi
20.Mohd syazwan GK
21.(midfield import) belum ditentukan
22.Mohamed Ghaddar
23.s.Chanturu
24.zairol Fitri
25.Azlan Ismail
26.IZUAN Rosli
27.Mohd Ariss Zaidi 
28.Mohd IZUAN solahudin
Monday, October 31, 2011

Travelog 255: 2 Hari Berlaga Bahu dgn Prof Nik


Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas aku join satu kursus IEEP, Islamic Enhancement E tak tahu dan Programme. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar UIAM yg disertai oleh Prof Nik Ahmad Kamal. Memang best, jadi rapat jer dgn tibe2 kan dengan semua staf di bawah DRSA. (aku harap tidak hanya di program sahaja..kan?)

Program tu, aku menggantikan Abang Din kerana Abang Din sekarang berada di Mekah, menunaikan rukun haji ke lima (semoga beliau beroleh haji yg sempurna dan diterima oleh Allah). Hari sabtu aku pulang, dan terus melepak di ofis untuk menunggu perlawanan BPL dan juga Piala Malaysia.

Hasilnya Manchester United menang dgn permainan yg ntah apa2, 1-0 dgn Everton manakala Skuad Negeri aku yg aku sendiri tak berapa nak minat krn pentadbirannya kalah dgn Nogori 9, 2-1 dlm final Piala Malaysia! Hahahaha....

Pada malam tu juga aku skip pergi program Steadfast, 20th Anniversary mereka, sori yer Zulfalihin... Bukan tak nak join, tapi maklumlah bini no 2 aku ni kena ah layannya dulu.. Final sekali setahun, 20 anniversary sekali utk 10 tahun, walaupun aku tau final ini pasti ada ulang tayang, Steadfast xde ulg tayang, aku tetap pilih bini no 2 iaitu bola sepak.. hahahhaha sori ah beb!

Cukuplah utk kali ini aku berceloteh! Org kata guna short form ni mengjahanamkan bahasa kita, so aku akn boldkan agar jgn gunakannya utk peperiksaan yer? keh keh keh keh...

Thursday, October 13, 2011

Travelog 254: Institusi Sukan di UIA

Wah, dah lama tidak menulis mengenai sukan-sukan, bola bola ni. Baiklah kali ini aku nak bercerita tentang pembangunan bola sepak yang rancak dicakapkan di https://www.facebook.com/pages/Revolusi-Harimau-MalayaHMC/210993882300674. Di sini kami bersama-sama memberi idea kepada HMC supaya kertas kerja dan memorandum berjaya disampaikan kepada FAM, paling tidak pun, aku ingin mengingatkan satu kumpulan yang agak besar jumlah nya akan berhimpun secara aman, mungkin di depan Wisma FAM.Tengoklah nanti ya?

Aku kali ini suka untuk bercerita tentang arena bola sepak di universiti. Aku suka melihat perkembangan Liga IPT yang dijalankan serta penglibatan universiti di Liga Tempatan seperti USM Fc di Liga Perdana. Namun begitu, perkembangannya agak perlahan dan seolah-olah ramai yang tidak tahu akan kelebihan mempunyai satu pasukan universiti. Mungkin kerana tidak banyak kelebihannya sekira memandang kepada penglibatan USM Fc.  

Aku adalah bekas pelajar UIAM, Gombak. Di mukabuku HMC, kami berbincang mengenai transformasi liga Malaysia. Ye, boleh dikatakan kami sudah tidak mahu negeri yang bertanding, mengapa tidak mewujudkan kelab bola sepak di mana menggantikan perkataan negeri pada setiap pasuakn. Contoh, Kelantan FA kepada Kelantan FC. Ataupun untuk memperbanyakkan lagi pasukan, daripada sebuah negeri baik kita menggalakkan pertumbuhan kelab bola sepak bandar-bandar. Bandar-bandar utama banyak, seperti Kuantan, Kota Bharu, Besut, Setiu, Kuala TErengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi boleh diketengahkan. 

Oleh kerana setiap institusi berada di bandar-bandar tersendiri, mengapa tidak ada inistiatif untuk institusi berkenaan menarik perhatian komuniti berhampiran dengan menggunakan medium bola sepak. Aku bercakap begini kerana di universiti mungkin sudah ada stadium bola sepak dan ianya jauh lagi baik serta sesuai untuk satu-satu pertandingan bola daripada menggunakan padangs ekolah atau padang di taman-taman. Aku maksudkan di sini adalah prasarana tempat duduk penonton dan jalan masuk yang memerlukan jalan utama.


UIAM juga tidak ketinggalan dalam hal ini sepatutnya. Di sini memang aktif malahan  tenaga pemain 'import' yang berkelana dalam menymbung pelajaran juga boleh membantu. Namun bagaimana untuk mengaitkan dengan komuniti? Aku teringat dengan satu bengkel tentang CSR atau "Corporate Social Responsibility among the institutions". Pada waktu itu, ada seorang 'mat salleh' daripada Australia yang membentangkan bagaimana institusi pendidikan di sana terlibat dengan komuniti. Maka dia menyebut tentang University of Sydney dan kerjasama mereka dengan Sydney FC. Di universiti berkenaan ada terdapat kurus Sains Sukan, maka mereka mengambil initiatif untuk sama-sama terlibat dengan Sydney FC dari segi penyelidikan dan sebagainya. Malahan University  of Syney juga menjadi salah satu kuasa penting di dalam pasukan Sydney Fc.

Kita berbalik kepada UIAM. Aku akui di sini tidak ada kursus Sains Sukan seperti di UITM atau di mana-mana. Namun begitu itu bukannya satu halangan. Seperti mana di Jepun, mereka mengajar tentang 'football management' sejak sekolah rendah lagi. Setiap peringkat institusi mereka mempunyai budaya yang sama iaitu FOOTBALL CLUB. Di sekolah rendah , mereka bukannya menjadi pasukan sekolah yang dipilih oleh guru pjk dan training sahaja seterusnya mewakili sekolah. Di sana, mereka mewujudkan kelab bola sepak persis kelab bahasa melayu, kelab bahasa inggeris dan macam-macam kelab lagi. Mereka ada pengurus daripada kelangan pelajar sendiri, dan penasihatnya adalah guru. Peringkat Sekolah menengah pun sama keadaannya.Boleh rujuk mana-mana anime dan bertanya kepada rakan yang belajar di sana.

Setiap IPT juga boleh melakukan hal yang sama. Di UIAM ada juga namun ianya diletakkan dalam subjek kemahiran hidup iaitu "Skill Subject" di mana setiap pelajar wajib memilih subjek kemahiran hidup seperti bola sepak, rekreasi, memasak, pengurusan masjid, khidmat masyarakat dan lain-lain. UIAM juga boleh mewujudkan sebuah kelab bola sepak yang dinaungi oleh Director of Sport UIAM. Di sini, pelajar akan turut merasai budaya bola sepak di universiti. Bahagian sukan UIAM wajar untuk menganjurkan sebuah liga tetap setiap tahun. Jabatan ini juga menetapkan dan memilih jurulatih untuk melatih skuad ini yang rata-ratanya dipilih berdasarkan prestasi mereka di dalam liga UIAM.

Setelah kita berjaya memilih yang terbaik, kita boleh membuat beberapa skuad, di mana untuk meyahut cabaran MASKUM, dan juga berupaya untuk mewujudkan satu lagi pasukan yang akan bertanding liga tempatan. Ini baik untuk penjenamaan UIAM sebagai universiti yang maju dalam segala hal. Okey, apabila sudah berupaya masuk ke arena liga tempatan di sinilah peranan profesional in management diterapkan. Kita ambil contoh liga-liga maju di mana unsur komersial, penyokong menjadi isu. Oleh itu, UIAM harus mengambil langkah bijak di mana menamakan skuad ini dengan mengambil nama daerah di mana UIAM ini berpijak. Di mana lagi kalau tidak di Gombak. Maka, roadshow akan dilakukan dengan memperkenalkan kepada komuniti Gombak tentang pasukan ini. Kita boleh pergi ke Giant serta batu Caves untuk memperkenalkan pasukan ini di samping memasuki ruangan media massa untuk memberitahu kepada semua komuniti Gombak, bahawa pasukan UIAM ini mewakili kawasan Gombak. Maka stadium akan dibuka untuk semua orang awam yang tiggal di sekitar. Duit tiket pun dapat di samping mendekatkan UIAM kepada masyarakat.


Maka, dari sudut keselamatan akan diambil kira dengan menggunakan Pegawai keslematan UIAM dan juga gabungan pihak berkuasa tempatan. Percayalah, tidak lama selepas itu, akademi pertama UIAM untuk para pelatih bola sepak dibuka untuk kanak-kanak seawal umur 7 tahun lagi. Barisan pegawai Sukan UIAM juga akan bertungkus lumus mencari penaja dan GOMBAK FC berupaya untuk memberi peluang pekerjaan kepada banyak pihak. Di sinilah keuntungan yang derolehi baik dari segi pemain dan juga pihak pengurusan. Kelab ini memang didaftar di bawah Jabatan Sukan UIAM, namun pengurusan bola sepak pula oleh entiti yang berlainan. GOMBAK FC akhirnya dibeli oleh seorang jutawan Malaysia, dan dengan hasil tajaan nya stadium UIAM berjaya dinaik taraf. Dan sekali lagi UIAM mendapat nama sebagai sebuah universiti pertama di malaysia yang mengendalikan sebuah kelab bola sepak secara profesional. USM? Err, selagi ianya hanya untuk USM dan warganya maka ianya seperti mewakili sekolah. Kita harus memandang lagi jauh sekiranya ingin memasuki gerbang Liga-M. Oleh kerana LIGA M pun tidak ada dasar yang jelas ke arah kerja yang profesional maka sesiapa pun boleh sertainya.

p/s: angan-angan yang reslistik untuk dijelmakan sekiranya budaya sukan pada setiap warga Malaysia berada pada tahap yang tinggi!
Thursday, September 22, 2011

Travelog 252: Tony Bercerita...

Ditanya tentang cara untuk memulihkan kegemilangan bola sepak Malaysia, beliau berkata beliau berpendapat permainan itu lebih baik diadakan di peringkat kelab, bukan secara pasukan negeri, seperti yang dilakukan dalam EPL yang melibatkan pembabitan mendalam oleh masyarakat dan sektor swasta.

"Suatu ketika dulu, sukan kriket di India merupakan acara negara dan ini menyebabkannya tidak begitu menarik, kecuali perlawanan akhir, sama seperti Malaysia. Kemudian mereka adakan IPL (untuk cricket) dan kelab (setelah itu keadaan mula bertambah baik). Memang cukup baik kalau ada kelab di rantau ini seperti Penang United atau KL Tigers FC.

"Saya berpendapat bola sepak secara kelab yang didukung melalui inisiatif swasta merupakan satu-satunya cara untuk maju, bukan di peringkat negeri.

Terdapat terlalu banyak penglibatan kerajaan dan ahli politik dalam sukan dan saya rasa ini adalah antara kelemahan kita. Ia sepatutnya dikendalikan oleh profesional, yang 100 peratus komited terhadap sukan ini," kata beliau.

Ini adalah kenyataan Tan Sri Tony Fernandes apabila ditanya oleh wartawan Astro Arena. See!!!! Bukankah isu ini sudah lama digembangkan oleh Lucius (penganilis indie bola sepak negara), dan beberapa lagi peminat bola sepak negara? Mengapa presiden FAM tidak pandang akan hal ini? Mereka mengagumi Liga J dan  A-League tapi satu hapah kebaikan tak mahu ditiru!!!


Dah lama diusulkan, namun peminat masih sabar menunggu. Ingat, setiap jutawan yang ingin menaja bola kita harus memandang dari sudut bisnes. Adakah mereka memperolehi keuntungan dengan menaja pasukan negeri yang rata-ratanya diuruskan oleh mereka yang 'tua' dan pandai berpolitik sahaja?? 

So diharap tiada isu mengapa tidak menaja pasukan tempatan kita, kerana kita yang tidak mahu mengubah dan membuka peluang kepada jutawan untuk menaja pasukan seterusnya memiliki kelab bola sepak!

Wednesday, August 3, 2011

Travelog 247: Bola dan Skil Pengurusan?

Bagi yang tidak meminati bola, sudah tentu tidak pernah tahu dan ingin ambil tahu pasal bola. Dan, apabila seseorang itu yang begitu fanatik kepada bola pula akan dilabelkan sebagai pembuang dan pembazir masa. Ya lah, dengan bangun pagi, seolah-olah mahu lakukan tahajjud, namun yang dilayan juga adaalh bola.

Jikalau begitu kesnya, memang aku setuju sangat kerana ianya seolah-olah meletakkan status bola di atas melebihi syariat. Ingat, bola cuma hiburan serta ilmu dunia, syariat dan agama pula adalah jalan hidup. Begini, aku tidak mahu membahaskan mengenai apakah pentingnya bola atau pun keburukan bola, mungkin ada sedikit kena-mengena namun, aku cuma nak ajak engkorang semua berfikir tentang satu kebaikan ini.
Skil pengurusan. Di alam universiti, pasti mahasiswa/siswi akan menceburi persatuan ataupun kelab-kelab bagi mendapatkan skil pengurusan ini. Thumbs up untuk golongan ini. Manakala di sekolah pula, pelajar-pelajar akan dapat skil ini melalui kelab-kelab ataupun badan beruniform yang mereka join.Dan aku dengan bangganya ingin memberitahu bahawa dengan bola, anda tetap akan belajar skil pengurusan!

Terjerit melolong di stadium! Mengutuk, menyumpah, mengeji andai pasuka kesayangan kalah! Membaling mercun sehinggakan mencederakan kawan sendiri! Ini yang dikatakan pengurusan bola?? Hahah! Oppss, jangan ketawa dulu! Baiklah, kita akan melihat penstrukturan bola di era moden ini terlebih dahulu. Di england, liga mereka mendapat perhatian dunia. Siapa yang tidak dengan huruf E.P.L. Selain EPL, La Liga dan Serie A turut mencuri perhatian umat dunia.

Di EPL, setiap kelab seolah-olah satu badan perniagaan. Pekerja mereka cuma menendang bola, meng'tackle' bola, emnanduk bola dan merebut bola yangs atu di atas padang. Ya, inilah karier yang popular dan glemer! Permainan bola sepak menjadis atu industri dengan pesatnya dari setahun ke setahun. Di sini, apakah yang menyebabkan pembangunan ini berterusan? Ya, ianya melalui satu proses pengurusan yang sangat mantap. Satu syarikat akan membeli saham dan memiliki kelab di sana kerana jenama yang ada, serta potensi untuk memperlihatkan produk mereka ke mata dunia.

Sesungguhnya, EPL mengajar banyak benda yang kita tidak tahu.
Di CENSERVE, kelibat pemuda-pemudi yang bernilai kini tumbuh bagaikan cendawan. Dalam banyak cendawan-cendawan yang tumbuh ini, terdapat satu kumpulan yang bercadang ingin menjadikan satu badan konsultan di mana ianya juga menjadi akar bisnes kecil-kecilan di bawah CENSERVE. Keuntungan dibahagi mengikut kontrak ini telah memberikan aku satu bayangan skuad bola sepak. yang membezakannya adalah bagaimana mereka bekerja, itu sahaja.

Syarikat Arab membeli kelab bola sepak kerana inginkan jenama mereka terkenal selain mengembangkan bisnes mereka. CENSERVE memerlukan sebuah konsultan yang mampu membawa nama CENSERVE dan UIAM ke satu peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana bidang ini ternyata mampu membuatkan sayap CENSERVE menjadi lebih kuat, dan 'BRAND' CENSERVE akan dapat dijaja ke serata tempat. ya, merekalah yang akan berjuang di lapangan, 'jutawan' yang memiliki konsultan  ini adalah CENSERVE. Samakan?

Hasilnya, pemain bintang membawa kemenangan serta tarikan kepada ramai penyokong ke stadium, maka income akan bertambah, samalah juga dengan konsultan ini yang pasti membawa kebaikan kepada CENSERVE.

Apa- apa pun, aku ingin menegaskan bahawa aku meminati bola sepak bukan kerana bola itu yang bulat, tetapi falsafah, kebudayaan dan seni bola sepak secara menyeluruh membuatkan aku jatuh cinta. Ini adalah kerana politik yang digunakan di dalam sukan ini ternyata bersiih malahan melahirkan ramai pemuda berbakat serta mempunyai semangat juang yang tinggi!
Thursday, July 28, 2011

Travelog 246: Fakri Sharani Boleh Gantung But Sekarang!

Sedih! Hampa! Kami memang tidak mahu kekalahan, kalau boleh nak menang sahaja, namun kami faham kami tetap juga akan berhadapan dengan kemungkinan kalah atau menang! Tapi kami tidak mahu ditipu dengan alasan-alasan yang tidak munasabah! 

King Raja mendapat dato' kerana kegemilangan membawa Malaysia menjadi Raja Asia Tenggara. Tahniah untuk itu, dan inilah 'project boys' beliau! Kita tahu siapakah pemain kegemarannya dan pemainnya jugalah yang boleh merosakkan reputasinya sebagai jurulatih terbaik Malaysia. Ya, tidak syak lagi, pemain Malaysia kini bukan lagi merasa bimbang andai tempat mereka akan jatuh di tangan orang lain, kerana mereka tahu merekalah orang Rajagobal. King Raja tidak akan membiarkan mereka berkulat walaupun gaya permainan seperti ulat!

Tapi aku ingin mengingatkan kepada semua peminat bola sepak, janganlah menghukum jurulatih, kita tahu taktikal serta pemilihan pemain yang menyebabkan kita kalah, namun begitu ingatkah semua tentang statement beliau semasa Piala AFF dahulu? Dia ada menyatakan bahawasanya, pemain-pemain ini adalah projek untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015 secara merit! Dia tidak pernah memberi harapan kepada peminat untuk pergi ke Piala Dunia untuk tahun 2014 ini. Piala Asia dulu, barulah Piala Dunia!

Namun begitu, sebagai pemain bola sepak di bawah projek boys ini seharusnya ada peningkatan. Sedikit demi sedikit agar kita mampu mendaki ke puncak dengan jayanya! Namun masih ada pemain yang aku rasa sudah tiba masanya dia beralih angin ke permainan lain! Dia tinggi, bolehlah cuba badminton pulak kot! Lee Chong Wei pun takde lagi pengganti lagi tu...

Siapa yang aku maksudkan ini? Ya, betul, aku memang maksudkan si Fakri Saarani ini. Dia masuk mengejar bola yang tak dapat, mengawal bola, tapi bola pun tak mahu berada di kakinya, dan akhirnya dibuang padang kerana cuba bermain ragbi di padang bola! Satu sahaja, bodoh! Atau kata paling sopan, KURANG PANDAI!

Adakah kita menang Piala AFF kerana nasib? Aku harap tidak!

Ada benarnya kata-kata TSAM atau Tan Sri Annuar Musa tentang perbandingan skuad project boys dan skuad prestasi semasa (istilah nya aku tak ingat). Ya, seperti mana-mana negara lain, mereka menggunakan skuad yang datangnya daripada prestasi semasa bukannya atas kepercayaan (seolah-olah bermain liga kerana bajet bermain panjang), padahal kita selalu bertempur secara kalah dan mati!Aku rasa better Rajagobal cuba menggunakan pemain yang dipuncak prestasi!

entahlah, seperti mana status aku di facebook hari ini, aku akan berehat daripada menyokong skuad kebangsaan kerana memberi laluan kepada Ramdhan, serta EPL yang berlangsung pada bulan puasa nanti. Aku cuma akan tunggu skuad Olimpik sahaja sekarang! Bagus skuad Ong Kim Swee!

p/s: Tapi dulu Raja tidak macam ni, dulu dia bersih dalam pemilihan pemain, kini dia begitu sayangkan anak angkat, emas 78 karatnya, FAKRI SAARANI!Balik cari bini, berniaga jual air bandung di bazar ramadhan lagi sesuai daripada main bola sama kualiti dengan aku yang berkaki bangku ini!

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake