Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Global Issue. Show all posts
Showing posts with label Global Issue. Show all posts
Thursday, September 22, 2011

Travelog 253: Zizan Dah Mintak Maaf!!!

Isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng yang menghina Islam sememangnya kecoh. Jadi, dengan menggunakan 'private number', Zizan telah menelefon Ustaz Azhar Idrus untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang.. saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH". Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya pasal ia memberi fitnah."  -harakahdaily


Tahniah kepada Zizan kerana berani tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya itu. Sikap yang perlu dicontohi artis lain. Bila ada masalah, rujuk pada ulamak. Bukannya ego menegakkan benang yang basah.

Aku baru saja tengok Filem Hantu Bonceng kat YouTube semalam. Banyak lagi babak janggal dalam filem tu. Antaranya :

1. Dialog Jue Aziz cakap 'BABI'.
2. Abang imam surau, tapi adik dibiar tak tutup aurat, rambut kaler maler.
3. Pakai seksi, sebelum pergi clubbing, tapi pesan kat kawan jangan lupa solat.
4. Pakai seksi, tapi cakap "Saya kuat pegangan agama".

Bagi aku, keseluruhan yang terlibat dalam pembikinan Filem Hantu Bonceng patut tampil mohon maaf secara terbuka. Bukan Zizan seorang.
mR: So janganlah salahkan Zizan sorang, bukannya dia adalah pengarah dialah penulis skrip dan sebagainya...
Wednesday, September 21, 2011

Travelog 251: Hantu Bonceng: Gelak Tapi Beringat!!

Kontroversi! Satu babak sudah digunting oleh mereka yang sangat prihatin dalam beberapa babak yang dianggap kontroversi. Ya, babak Zizan terperanjat kawannya datang dan dia tersalah faham menganggap kawannya adalah syaitan lantaran sebelum itu dia telah terserempak dengan hantu!



Bagi yang masih lagi belum menonton filem ini, haruslah diingat bahawa mungkin kita tidak akan selesa dengan beberapa adegan yang agak 'lain' dari norma kehidupan seorang muslim. Di dalam filem ini, skrip ceritanya yang agak longgar dalam bahagian agama menampakkan bahawa agama Islam boleh dimain-mainkan.

Aku tidaklah beberapa terkejut dan marah dengan adegan yang dikontroversikan itu sebab secara sudut penceritaannya Zizan melakonkan babak dia sedang dalam trauma dan boleh melepaskan apa sahaja. Namun yang menghairankan pengarah tidak berfikir panjang tentang ayat spontan yang keluar daripada mulut Zizan seharusnya beliau memilih untuk mengucap dalam keadaan penuh!

Bagi aku masih banyak lagi kontroversi yang aku rasa kena diperbetulkan. Contoh watak seorang ustaz yang dilakonkan oleh Cat Farish, nampak main-mainnya. Memanglah manusia itu tidak sempurna tapi bolehkah kita menaikkan imej seorang ustaz!! Pelbagai rancangan bersusah payah menaikkan imej seorang ustaz seperti Imam Muda, dan Ustazah Pilihan (sekadar contoh), tapi akhirnya dimusnahkan oleh sesebuah filem.

Bukti penggunaan ustaz yang main-main adalah ketika mana beliau membenarkan seorang adik yang 'montel' boleh mendedahkan auratnya walaupun adiknya itu pernah menyatakan dia kuat agama! Entahlah..

Aku juga merasakan inilah filem yang menggunakan nama-nama Allah paling banyak dalam setiap babak. Istighfar, basmalah, tahnmid, takbir banyak digunakan! Tetapi dengan niat berjenaka ianya salah sama sekali. Satu naskhah aku rasa patut direvise dan diubah penstrukturan ayatnya.



Kasihan kat Zizan. Zizan bukannya berlatar belakangkan agama yang bagus sepeerti graduan, dan mereka yang arif dalam agama. Zizan juga melakonkan babak yang terkejut dimana setiap fitrah manusia melakukan beberapa kesilapan tanpa sedar, bukan ingin menyokong namun hakikatnya sang pengarahlah yang harus cakna di mana kesilapan pelakonnya. 

Sebagai orang yang pernah membuat persembahan, pernah menghafal skrip, pernah berlakon untuk majlis-majlis sekolah, aku rasa aku cukup faham keadaannya. Apabila pengarah menyatakan 'Cut!" dan bagus, maka tidak ada apa yang difikirkan lagi. Namun setelah semua sudah direkodkan barulah kita tahu di mana silapnya, oleh itu, aku seru kepada semua pengarah Filem di Malaysia ini, tolonglah perhalusi hasil kerja anda agar tidak ada kesilapan yang sebegini berlaku lagi, lebih-lebih lagi berkenaan agama.

Wallahua'lam!
Tuesday, March 30, 2010

Harmlessness...

Lama aku tak update, by the way sebelum aku meneruskan ke-updating-an aku ini, terlebih dahulu aku ingin menyampaikan salam aku buat seorang sahabat yang jauh di perantauan nun... kat tanah arab beliau bermadah, misi rahmatan lil'alamin gitu...Assalamualaikum bro, sihatkah ko di sana kawanku? Makan apa lah ye kamu di sana? Mulakanlah harimu dengan mengingati Allah....

Mohd Shazni Abdullah nama di beri,
Pernah duduk dan tidor sekali,
Di katil berlainan daa....

Menjadi MC girang sekali,
Nak takluk CAC menggigit jari,
Tapi takper, cukuplah sekadar Kaed Gallery,
Kenangan kami sebagai MC...

Dah lama aku tak update, teringat pulak kat kawan yang suka bawak benda pelik-pelik kat bilik, orang nya kuat membebel, bab kebersihan pantang betul dia. Siap dengan compartment-compartment orang lain di sapunya bersih, okaylah tu buat orang yang cuma ada 3 subjek, banyak masa terluang di bilik, jadik bibik paling baik.. hehehehe...

Sambungan posting Harmlessness... Yes halal is halal, haram is Haram, benda syubhah ada antara keduanya. Namun aku mahu membincangkan benda yang tak ada kemudaratan ini atau harmlessness.. Di dalam konsep islamic e-commers, perniagaan internet dan ada transaksi online ini sangat penting untuk di kaji serta di pantau. Kalau ada unsur riba' dan jatuh hukum Haram. Anda boleh mengkajinya dengan lebih lanjut dengan berkunjung di web-web atau blog pilihan.

Tidak ada kemudaratan. Konsep ini boleh lah di samakan dengan contoh berpantang. Misalnya, bila kita ada di hinggapi penyakit kulit, atau lebih senang di panggil kudis. Apa yang orang tua akan melarang kita adalah dengan megelakkan makan telur (kalau di kampung aku ah) kerana di khuatiri penyakit akan bertambah teruk misalnya bernanah (yerk). Asal hukum adalah halal. Telur halal. Makan lah telur ayam ke, telur itik ke, telur burung kasuari ke, tapi telur curi Haram! 

Yang menjadi tak betulnya adalah telur itu di makan pada masa yang tidak betul, iaitu mendatangkan side effect yang negatif. Ianya memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk. Maka itu lah konsep halal but harmlessness di dalam e-commerce. Kaitan ini jelas di dalam penjualan online produk-produk kecantikan
 dan makanan di internet.

Sekian info ~End~

Wednesday, November 11, 2009

CERITA BAB KIAMAT!!




Kiamat dari perspektif agama


Oleh ADHAM SHADAN

Walaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah

TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.


Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.

Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

Menurut Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abu Zaki Ismail (gambar bawah), sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.

"Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

"Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.

Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah.


"Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.

Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.

Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.

"Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.

Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.

"Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersedia menghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi ia tetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.

Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.

Sementara itu, menurut penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam (gambar kanan), berdasarkan perhitungan Hindu, dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.

Menurutnya, dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thiretha yuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitu kali yuga.


"Tetapi, kali yuga merangkumi tempoh 432,000 tahun dan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.

Bagaimanapun, Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.


"Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.

"Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubah kepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.

Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.

"Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.




 



Wednesday, October 21, 2009

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Itu lah apa yg telah berlaku. Satu keajaiban yg Allah tunjukkan pada manusia yakni HambaNya yg kian lupa siapa Tuhan yg sebenar2 nya. Satu fenomena yg bercanggah dgn teknologi dan sisitem canggih manusia, di mana pakar mereka pun gagal menemui jawapan kepada kejadian ini. Sebagai manusia ambilllah iktibar akan peristiwa ini. Sementara matahari masih belum terbenam di sebalah timur, jomlah pakat bertobat.

p/s: akhirnya aku kembali update citer kat blog ini.... kisah kehidupan aku yg sibuk telah membantutkan aku dari melihat, mengedit dan mengupdate blog ini... insyaAllah sedikit masa lagi aku akan kembali menyinar di arena internet ini.
Wednesday, January 21, 2009

jurang semakin rapat...

panas... memang panas bagi mereka yg mengikuti perkembangan kesengsaraan saudara kita di palestin.... adakah gencatan senjata mampu menyelesaikan segala2nya? apakah hukuman nya bagi mereka yg membunuh anak2 kecik wanita serta org uzur yg tak berdosa? adkah ckp hanya ngan gncatan snjata? yer mungkin memberhntikan seketika perbuatan zalim mereka yg berperikebinatangan ni...ces malah lbih teruk lagi..memang sekor2 mcm babi ah!!!!

knapa takder undang2 pjenayah antarabangsa ni?! bila nak ditubuhkan? kafir rileks melibas saudara kita mcm main game! ptg sana ptg sana, tmbak sana tmbak sini! bila kita melaan ngan hanya sktul batu, sudah di anggap pengganas?!!! apakah bengong si yahudi laknatullah ini?

memang babi ah!!!!! aduh tercarut lagi, memang layak untuk di carut2kan pd golongan macm ni!!! dorg ade perasaan ker utk kita jaga? cmfirm ah takder!!! kalu budak kicik menangis krn kehilangan ibunya leh di tembak aduh, sakitnya hati!!!! bgkak gile paru2!!!!

oiiii yahudi zionis!!! kalu korg kata nak berdamai tobat aku tak prcaya, sbb aku percayakan kata2 Allah, Tuhan aku yg Esa dan Maha Berkuasa!!! dlm Quran sudah jelas berbunyi yg Yahudi takkan berdamai ngan kita...dorang ni selagi kita para Muslim tak ikut mereka dan agama mereka selagi tulah mereka tak kan lepaskan kita! tak kira ah gencatan senjata ke apa ke..perjanjian damai ker, babi2 ni takkan at kalu bukan ade udang sebalik batu!!!

issshhhhhh....sedih!!!!!!!!

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake