Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Showing posts with label Comrade Story. Show all posts
Showing posts with label Comrade Story. Show all posts
Friday, April 15, 2011

Travelog 238: Perjalanan Yang Jauh

15 April 2011

Tinggal 2 hari lagi aku akan terbang kembali. Terbang ke mana, biarlah rahsia. Seperti biasa aku datang kerja dan yang luar biasanya adalah aku datang awal pagi hari ni. Apekah! Hahahahaha... Sebenarnya hari ini aku datang awal kerana Izzudin sudah hadir ke UIA selepas dia pulang ke kampung halamannya sejak 5 hari yang lalu. 

Oleh kerana hajatnya untuk belanja makan pagi secara beramai-ramai dengan abang Jamil, Abang Din dan Abang Nizam, namun abang Jamil tidak dapat menghadiri kerana beliau sudah pun ke Putrajaya untuk bermesyuarat dengan KPT. Maka, yang makan pagi pada hari ini, aku , Izzudin, Abang Din dan Abang Nizam.

"Bila lagi nak makan pagi dengan Din, dia dah dapat kerja dah," luah abang Din disusuli tawa riang kami bertiga.

Maka kami memilih Evoke Cafe dan masing-masing meilih makanan sendiri. Namun abang Din juga yang belanja di samping Izzudin turut menyumbangkan sedikit duitnya. Takperlah, janji aku tidak mengeluarkan duit, jimatlah katakan.

FYI, Izzudin bakal balik ke kampung halamannya untuk berbakti di tempat lamanya iaitu di sekolah tahfiz. Alhamdulillah, di sudah pun comfirm menjadi tenaga pengajar di situ, maka secara rasminya dia akan meninggalkan aku keseorangan di bilik tersebut pada hari ahad ini.

Termenung sekejap aku, yelah dulu aku sudah terbiasa dengan ada teman di bilik, kini aku kembali seperti dahulu iaitu pada waktu aku mula-mula masuk ke bilik tersebut. Seorang diri sehinggalah Izzudin melahirkan minat untuk tinggal bersama. Kemudian, datang pula arwah Ikhwan untuk sama-sama menetap dan menjadi sebuah keluarga yang paling bahagia. Cukup. seorang ada kereta dan seorang lagi ada motor.

Dan kemudian Ikhwan terlebih dahulu meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kini, si Izzudin pula, namun bukanlah untuk selama-lamanya. Oleh kerana beliau akan kahwin tidak lama lagi, maka dia harus mencari rezeki dengan cepat. Izzudin atau Din, cukup baik. Siap dia membenarkan aku menggunakan motornya kerana dia sendiri menggunakan RXZ hadiah dari keluarga mentuanya. Namun begitu, tidak lama lagi aku tetap menjadi seperti sediakala di mana aku turun ke pejabat dengan berjalan kaki. Sekali pergi sekali balik. 

Semoga berjaya Din di dalam kariernya.

Setibanya abang Jamil daripada mesyuarat, aku dan Ibu mendengar perkongsian daripada abang Jamil. Korang nak tahu, universiti lain menjalankan program Orang Asli dengan bajet sebanyak RM 60 000 lebih kurang.Wah! Kalau Comrade dapat duit sebanyak itu, apakah yang akan korang buat untuk selesaikannya? sedangkan RM 6000 pun sudah cukup!

Biarlah mereka. Buatlah dengan ikhlas. bajet ciput namun hasilnya lumayan. Baru terbaik!!! Kan?
Thursday, August 19, 2010

Akhirnya Ber 'Update'!

Suatu Ketika:

Man Utd akhirnya membelasah Chelsea selepas aku ber'dendam' kerana musim lalu 100% MU dimalukan oleh Chelsea. Kemudian, Chelsea bangkit dengan menang 6-0 ke atas pendatang baru, siapa ntah, aku dah tak ingat dah. Tapi MU pun berjaya juga menjinakkan pendatang baru Newcastle dengan membantai sebanyak 3-0.

Suatu Masa:

Semangat betul ya berbincang demi ingin melawat pembangunan 'volunteerism spirit' di Turki. Jadik 'solution'nya kitorang kenalah mencari modal sendirik dan direncanakan untuk pergi tahun hadapan. Permulaan pertama kitorang, BISNES kecil-kecilan (bukan MLM lah).

Suatu Waktu:

Aku gembira dengan kerja aku sekarang ini. Pujian memang best tapi kadang-kadang mengundang dosa yang tak terkira. Riak beb. Tu tak campur TAKABUR lagi. Parah kalu dapat pakej penyakit hati ini. Aku teringin untuk menyambung kerja aku di bidang ini, kalu di tempat yang sama pun lagilah aku suka dan bersyukur, namun terpulanglah kepada rezeki. Kalau ada tu, maka adalah untuk aku, bukan tak nak berusaha, tapi masa belum tiba.

Jodoh?:

Bercakap pasal jodoh pulak? Tak nak lah. Allah lagi Tahu daripada aku.

Suatu Aktiviti:

Selama 4 minggu berturut-turut aku menyertai program yang student UIA buat. Sah-sah lah semuanya kerja kemasyarakatan kan sebab aku memang 'specialize' kat dalam bidang ini. Bermula dengan menyertai program Motivasi Tahun 6 anjuran Sendi, dan hujung minggu seterusnya aku mengikut program JASA. Dan selepas itu aku mengikut program COMRADE. Dan kemudian itu, aku akan mengikuti ALUMNI Comrade berjuaang di Teji& Abu. Kemudian? Ada lagi.. akhirnya aku mengikuti MISI ke Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Bukan melancong atau bercuti tau, tapi membuat kerja, jumpa komuniti di sana.

Setiap suatu Detik atau Saat:

Aku mendoakan agar 'kawan' aku berjaya menempuh saat-saat genting 'final exam' nya. Dan juga agar ibunya juga kembali sihat walafiat. Sama-sama kita doakan ye....
Thursday, March 4, 2010

Kita tak sayang COMRADE ke?

Allah Maha Besar!
Engkau memperlihatkan aku akan kebesaranMu...

Allah Maha Besar!
Engkau mendedahkan dosa-dosa aku pada Mu....

COMRADE. Aku belajar macam-macam dalam kelab ini. Dan aku pasti semua budak UIA yang join mana-mana kelab akan sayang kan kelab yang mengajar dorang erti hidup, kawan, dan pengorbanan. COMRADE. Kelab yang menyedarkan aku bahawa aku bukan manusia yang lemah tapi yang salah sorang dari umat yang bertuah.

Amanah. Keinginan. Nafsu. Semuanya berperang dalam hidup aku. Aku rosak gara-gara nafsu. Aku jahanam gara-gara nafsu. Aku pernah hidup antara amanah dengan nafsu. Dan aku pernah kalah dengan nafsu. Tapi COMRADE menaikkan aku kembali. COMRADE memberikan aku platform untuk beraksi kembali, dan berjaya membuktikan AMANAH tetap akan menang. Ya Allah, betapa Maha Sucinya Engkau kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke jalanMU....

Bagi aku yang sayangkan COMRADE, aku tidak akan sesekali membuat perbuatan yang memalukan COMRADE. Baju selekeh aku adalah bukan perbuatan yang memalukan COMRADE pun... heheheh perkara ini tetap aku pertahankan kerana imej selekeh lebih senang dan bahagia rasanya.. tapi tetap jugak ada orang nak kat aku kan? :P Hahahahahah

COMRADE mengajar kita erti tanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Tapi kenapa kita cuba untuk tidak bertanggungjawab? Adakah dengan menyelesaikan almanac itu adalah pengakhiran sebuah tanggungjawab?

...
Thursday, January 28, 2010

Sedih.... Gembira.... Sedih... Gembira...

Allah maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!

Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, dan Nabi Muhammad Pesuruh-Mu ya Allah...
Pembuka kalam dengan penyaksian suci bagi semua umat Islam. Aku kagum dengan misi anak-anak UIA yang sanggup meredah lautan yang luas ciptaan Mu, keran ingin berbakti kepada masyarakat yang tidak pernah terfikir untuk mendapatkan pendidikan. Ya Allah, aku sesungguhnya cemburu dengan kesungguhan anak-anak UIA ini. Semenjak aku menjalani rutian harian tambahan aku sebagai staff tambahan separuh masa ni (kadang-kadang 1st half, kadang-akdang aku masuk 2nd half, tak pun 90 minit perlawanan aku beraksi) telah memberi aku satu gambaran yang sangat besar dan memudahkan aku membandingkan yang mana kualiti, rendah kualiti dan takder kualiti langsung.

Aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau memberi aku peluang mengenali sahabat-sahabat yang sangat hebat. Ibu Martinelli, En Khairulzain, Abg Din, Abg Amir, Abg Wari, Abg Nizam, Kak Mer yang ceria dan semua staff yang ada, terima kasih aku ucapkan. Aku tidak tahu bagaimana utk membalas semua kebaikan yang di curahkan walaupun kemunculan aku aku kira belum sampai tahap panas lagi di arena pembangunan pelajar ini. Cuma yang aku tahu, aku sentiasa bersedia untuk kekal cergas dan bersungguh dalam menjayakan projek-projek censerve. I really love this job. For the 1st time i feel this kind of weird feeling. I dunno what to say, but this feeling is too great.. and a can't afford to lose it...

Berbalik misi anak-anak UIA kita tadi adalah, alangkah indahnya kalau aku turut serta bersama mereka dalam misi ke Pu;au Mabul, Sabah. Tak jemu, tak penat, dengan perasaan semangat serta berkobar-kobar... mereka membawa misi ini dan alhamdulillah, mereka pulang dengan senyuman kepuasan dan bangga kerana dapat berbudi kepada masyarkat. Jangan salah faham, bangga kat sini bukan satu sifat mazmumah, sama erti dengan riak and the takkabur gang, tapi lebih kepada wajah yang bersyukur ke hadrat Allah, dan bangga di sini lebih di takrif kan sebagai bangga menjadi seorang Muslim yang mengasihi muslim yang lain....

Aku kenang kembali bagaimana keadaan anak-anak UIA yang mengorbankan masa mereka untuk berbakti kepada masyarakat pribumi Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang bergelar Orang Asli. Alhamdulillah, mereka masih wujud di dalam UIA ini namun adakah semangat mereka sama lagi dengan yang terdahulu? Adakah semangat mereka kuat?

Bila aku terbaca blog Kak Pijan, aku sedih, aku takut, dan aku merasa bersalah. Adakah aku tidak cukup bagus semasa memimpin yang terdahulu? Yer, aku bermula dengan zero, dan aku berusaha dengan sehabis baik... Tapi, aku rasa aku tidak berjaya lagi meletakkan semangat COMRADE (true comrade) kat dalam jiwa mereka, kerana aku mungkin masih mencari 'senjata' ketika itu. Ya aku da ada 'senjata' itu sekarang, namun bagaimanakah aku ingin menyalurkan kepada mereka agar mereka sedar dan sentiasa bersedia untuk bersama masyarkat.

Aku suka tagline "pelajaran @ dakwah: mana perlu utama". Thanks Kak Pijan kerana share benda-benda ini, harap ada yang sudi membukanya dan membacanya dengan hati yang terbuka, dan dalam masa yang sama mereka sedar akan amanah mereka dan sentiasa bersama dalam menyampaikan seruan Ilahi ke masyarakat OA.

Bagi aku pelajran diperlukan untuk tujuan Dakwah. Dan niat untuk berdakwah harus menjadi titik mula sebelum belajar. Dan ini lah yang di praktikkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Shah Kirit. Mungkin orang yang mendengar ceramahnya mesti hairan bagaimana dia boleh mengeluarkan ayat-ayat tertentu dengan mudah sekali, beserta dengan no ayat, dan surah. mashaAllah, begitu cepat, ibarat sekelip mata.

Kunci nya adalah, korang kena praktik jugak apa yg korang belajar dan apply dalam masyarakat dalam masa yang sama. Begitulah Shah Kirit. Sebab itu ayat-ayat yang biasa di gunakan dalam 'counter' org bukan muslim boleh di keluarkan dengan mudah...

"ENJOY LAH DALAM MEMBUAT IBADAH, DAKWAH AKAN JADI PERKARA PALING SERONOK DALAM HIDUP ANDA"

Bersambung dalam siri kedua...
Friday, January 15, 2010

Gambaran.... Perjuangan... Dakwah....... Halangan



Assalamualaikum buat semua pembaca maya, alhamdulillah baru kini aku mengerti apakah itu perasaan "enjoy" apabila melakukan sesuatu. Sedikit sebanyak aku pada hari ini mempunyai sedikit gambaran apakah yang aku akan jadi nanti. Terasa seronok berada di lapangan memberi aku sedikit kepuasan, di situlah jua ruang aku ingin berdamping dgn masyarakat, dan sbgai permulaannya aku bergaul dgn masyarakat pribumi. Alhamdulillah, jalan yang Allah tunjukkan ini takkan aku sia-siakan. Rupa-rupanya tersimpan seribu satu rahmah dan hikmah mengapa aku berada di UIAM tidak di Mesir seperti mana impian aku ketika di Sekolah dulu...

Buat rakan-rakan aku yg berjuang mengembara dan mengutip ilmu yang luas di tanah-tanah anbia', aku mengucapkan semoga berjaya di sana, pulang lah dengan bangga dan berbaktilah kpd keluarga. Jgn lah pulang dengan membawa perasaan riak dan takkabur dgn ilmu di dada, dan jgnlah pula pulang hanya semata ingin menjadi penceramah bebas atau tetap di masjid-masjid kampung. Bukan aku kata pekerjaan tersebut tidak bagus atau mulia, dan bukan jua aku menyatakan aku cemburu atau mempunyai perasaan yang jahat serta mengeluarkan penyataan yang kurang baik. Bukan itu maksud ku.

Tapi aku ingin mengajak korang yang berilmu tinggi, pandanglah ke dalam masyaarkat kita sedalam-dalamnya. Pandang lah mata mereka. Terlalu banyak persoalan mereka yang masih belum terjawab. Ustaz-ustaz dan ustazah yang akan timbul bagai cendawan selepas hujan, aku sarankan jadilh sebenar-benar ustaz dan sebetul-betul ustazah. Allah memilih korang sebagai wukala' (wakil-wakil) bagi mendampingi golongan-golongan yang sedang menarik perhatian kita selama ini.

Tak salah utk mengajar di surau atau masjid. Pernahkah kita terfikir, adakah mat gian sanggup dtg ke masjid demi mendengar nasihat serta ceramah kalian? Pernahkah ada perogol-perogol, remaja bermasalah sanggup 'membazirkan' masa mereka utk berteleku ilmu dgn kalian? Mesti jawapan kita cume dngn lirikan mata tunduk ke bawah, serta kepala di geleng-gelengkan tanda mengiakan bahawa kita yang harus memulakan langkah mendekati golongan-golongan ini.

Dan aku yang sedikit ilmu ini menyedari akan hakikat ini setelah aku sendiri yang membawa diriku terjun ke dalam dunia ini. Aku sendiri yang sedar dengan keinginan masyarakat semasa yang dahaga kan kasih sayang dari kalangan yang berilmu setelah org yg berhak memberikan kasih sayang kepada mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.

Terlintas di minda aku akan pekara ini, dan  sepantas kilat aku menaip kerana aku rase masa utk mempunyai planning sudah tiba. Cukuplah perkataan "ala Qdr" di salah tafsirkan menjadi "ala Kadar" di uar-uarkan oleh ustaz-ustaz kita yang beralgak zuhud serta rendah diri. Buat lah apa-apa pun biar ade "al-Juhd", baiar ada semangat jihad dalam diri. Yang Islam di tarbiyahkan, dan yang belum lagi di dakwahkan. Bercita-cita lah utk mati syahid kerana syurga itu pasti, teramat pasti buat orang-orang yang syahid.
Aku masih lagi menunggu khabar daripada abg Amir, rakan sejawat di S-DEV utk bersama-sama meredah jalan ke Sg Siput iaitu Kg Husin. Sebuah kampung Orang Asli yang bertempat di Perak. Kampung yang menjadi sejarah dalam hidup aku. Kawan-kawan yg aku kenali sehingga menjadi adik-berdik angkat di sana terus segar dalam ingatan aku.

**regard to: Max, Jiju, Rehan, Jannah, Munzir, Ust Halim (a big family)
thanks for the memories!

Dan juga malam ini, sahabtku nazli juga ingin turut serta dalam misi utk bersama-sama menabur semai cantiknya Islam di dalam masayrakat Orang Asli. Buat semua yang sudah pun bertolak, ahli-ahli baru serta lama, aku ucapkan tahniah dan teruslah berjuang sehingga bila-bila, bukan setakat kepada Orang Asli malah seantero umat InsyaAllah.

**Regard to: Shazni
dalami ilmu dan membina jaringan ukhuwah serta dakwah islamiyyah di sana, bro. Sesungguhnya ramai yang mendoakan kejayaan misi mulia mu. Jadilah produk UIAM, CENSERVE, ABIM yang berkualitu serta mampu menggoncang dunia dengan talian jihadmu...

Sedikit sebanyak election di UIAM ini mengganggu misi dakwah kami. Semua program di freez kan kerana takut ada yg berkempen melalaui program. usaha yang suci ini di cemari dengan sedikit fitnah serta membantut usaha pelajar utk mendekati masyarakat. Begitu mudah manusia ini diperalatkan dan menjadi alat. Aku tak mau komen lebih-lebih, namun doakanlah agar program COMRADE yang dikatakan 'terlepas' ni selamat hendaknya. Jaga akhlak, jaga tatasusila, fokus dakwah, hindar perkara yang melangar etika serta undang-undang, jadi student yang smart serta bijak merancang, berundur bkn bererti kecut, meneruskan tanpa perancangan bukan keberanian, jadilah orang bertanggungjawab, sebarkan ilmu walau sepotong ayat...

WE OBSERVE WE EXPERIENCE WE LEND A HAND

Sunday, November 15, 2009

Raya 2009!!!!

Selamat hari raya aidiladha buat semua!!! aku ingat nak publish gambor raya aidilfitri ni dari dulu lagi.... tapi xder rezeki lah... sehinggalah hari ini.... saksikan kaum kerabat aku.... bersama menyambut hari raya aidilfitri.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & AIDILADHA


TUNGGULAH KEDATANGAN MISI KORBAN DI KG SG RUAL, JELI, KELANTAN DARUL NAIM, 6 HARI 5 MALAM AKAN MENJADI SAKSI PENGORBANAN SAHABAT COMRADE DALAM MENYAMPAIKAN MISI 'MENYAMPAIKAN' SERUAN ISLAM DARI 23 NOVEMBER HINGGALAH 1 DESEMBER 2009 INI

~COMING SOON~

***********************************************************

BERITA HARI INI...

7.00 am:  aku bertungkus lumus menyiapkan 'kerja' aku utk peja riping. hehehehe Saja mengambil upah   mengolong promote USANA nye.... dan akhirnya siap juga sperti mana yg di janjikan. Kerja tersebut sedikit sbyak mmbantu kantung uwang aku, hehehe

10.00 am:Stady sedikit... sikit jer...


11.00 am:Tengok "Ketika Cinta Bertasbih". syahdu beb! first time aku tgk, this is the de most quality  film i ever watch....

1.00 pm: Aku msh terkhayal ngan jln citer nyer.... aduhhh... ketika cinta bertasbih....

 
Cerita yg sekejap memainkan perasaan dan membuaikan penonton ngan definisi2 cinta yg sagt mengagumkan. Bukan berpaksikan cinta di antara kaum adam dan hawa semata, namun bertunjangkan syariat ianya di adunkan dgn penuh dramatis serta puitis. Jln cerita yang mudah, dan memuaskan penonton yg tidak pernah membaca novel  karangan penulis hebat tuan Habiburrahman....

Cerita yang masih lagi tidak selesai ini di janjikan penyelesaiannya di episod atau sekuel nya yang kedua iaitu Ketika Cinta Bertasbih 2.
Aku ketawa saat menyaksikan saat lucu teman2, aku menangis pula di saat pengrbanan seorang ank yang berjuang hidup di cairo bagi menyuapkan rezeki adik2 dan ibunya di kampung.... dan ulitan cinta permasalahannnya, pemahaman ttgnya, pergolakan persaan anak remaja, perebutan takhta hati, dan disudahi dengan tatacara pejuang syar'e..... aku tersenyum puas, menangis mengenangkan dosa, kerana cerita ini betul2 sampai di kalbuku.....
Tuesday, April 28, 2009

sekali buat entry berlambak pulak...


yelah, ah seminggu aku kat pos pelantok, macam2 hal berlaku taw.... dan hari ini aku ingin bermegah- megahan dengan AIR SEMPORNA aku... welcome to D'SEMPORNA CAFE!!!

Thanks to Wak yg sangat2 bagus kerjanya di samping si comey YaYa, ahahaha (pok ma aim ni.. :P) yg membenarkan aku mengubah suasana di medan catering pada hari kedua terakhir aku disana, masa tu program sukaneka... begitu riuh sekali... best sangat, kepada teman2 yg bersama-sama aku di D'SEMPORNA CAFE, maafkan daku ek andai gurauan aku melukakan hati kalian....

Thanks jugak buat sesipa yg memuji AIR SEMPORNA aku, memang sempurna rasenya... dan buat Pok Ma, kurang kan gula dalam minuman... (ahahahaha nasihat dari pakar AIR SEMPORNA :D) best sangat aku menyakat orang....

Kenangan di pelantok sangat meriangkan siapa2 yg pergi, bagaikan tautan ukhuwah yg lama menghilang kini kembali bertaut... Masing2 begitu dekat di hati...

Buat Redhoo dan juga Yusuf, walaupun kalian adalah datangnya dari saudara Titian Asli, korang juga adalah comradean, jadik jgan segan silu utk terus bersama-sama dalam medan yg mulia ini yer...

Ahaks bestnya jadik catering, tapi jdik seharik jer taw,,tu pun subcom (baru best mcm ni, tak nak pegang biro catering sampai biler2....jdk subcom nak!)

Apa2 pun AIR SEMPORNA akan jadik titik kenangan bagi siapa yg minumnya dan yg paling penting "Perkhidmatan d'Semporna Cafe adalah yg terbaik kami janjikan!!"
Monday, April 27, 2009

Alhamdulillah

Indahnya, dan betapa nikmatnya keletihan ini ya Allah. keletihan yg Engkau beri bagi hambaMu yg bersungguh2 bekerja untukMu ya Allah...

"siapa sebenarnya aku pada Mu..."

Ya Allah, ku tahu Engkaulah yg mengatur hidupku, jalanku kerana janji ku saat ku di rahim ibuku untuk terus berbakti kepada Mu...

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang utk aku terus berada di jalan perjuangan ini, namun pelbagai cabaran dan dugaan yg betul2 menguji kita haruslah di tempuhi dengan sabar... jalan dakwah ini memang berliku, namun bukankah cubaan itu adalah pemanis dalam resepi dakwah kita?

kenangan di Pos Pelantok akan aku abadikan di memoriku, Ya Allah kenangan berukhuwah itu sangatlah manis, sedikit masalah tidak melemahkan aku dan rakan2, namun tetap kufikirkan jua demi kepentingan ahli dan persatuan ku... Dikala umat ini sibuk menghitung hari bila duit satu sen menjadi sejuta, masih ada yg bergiat mengumpul tenaga bagi membantu saudaranya yang menggapai tangan, dhoif dan lemah, bukan lemah hati, lemah harta, namun lemah ilmu.... ye, orang asli masih lagi perlu bimbingan ilmu, mereka masih jauh dalam bidang ini, harta bukan sangat menjadi agenda kerana mereka sendiri boleh mencari dan bantuan yg selalu mencurah tidak pernah berhenti....

mereka perlukan ilmu utk mampu melahirkan generasi yg lebih berjaya, mereka bukan alat utk parti2 politik dalam merealisasikan kejayaan parti, namun mereka juga adalah tunjang dan tulang bagi jatuh bangunnya sesebuah negara....

ilmu itu sangatlah penting, dan ianya juga diakui oleh nabi kita sendiri.....

"menuntut ilmu adalah kewajipan setiap muslim"

segala bentuk bantuan yg mereka dapat mereka tidak mampu bagaimana utk menggunakannya sebagai batu loncatan dalam merencanakan kegiatan ekonomi mereka, mereka sekadar menadah dan bergembira utk seketika waktu dan menunggu bantuan seterusnya tiba, ini kerana mereka kekurangan ilmu utk mengajar mereka agar dapat menghasilkan sesuatu yg lebih bermakna utk kaum mereka khususnya dan negara amnya....

dan oleh itu adalah tanggungjawab kita seorang muslim yg juga khalifah di muka bumi, pewaris tugas dakwah nabi Muhammad s.aw, membantu dan memberi mereka ilmu, dan dengan ilmulah mereka dapat mengenal Islam secara maknawi dan hakiki, bukan kerana duit mahupun material....


*******************************************

sepulangan aku dari pos pelantok, aku dan kawan2 cuba meleraikan tekanan dengan bermain bowling di flaminggo... huhu sekadar berhibur bersama teman, dan juga ingin merasai permainan yg tak pernah aku main sejak aku di lahirkan, yg aku tahu adalah boling buah kelapa jer... maka meluncurlah 3 kereta di lebuh raya...

betapa seronoknya aku masa tu, yelah budak baru masih berhingus la katakan, boleh mengalahkan para 'senior' dalam game malam tu... first game debut aku, aku peroleh mata tertinggi iaitu sebanyak 157 berbanding kawan2 ku yg lain, mengikut kata muiz, mata 157 adalah luar biasa bagi seorang yg terlalu mentah dalam game ni... (kembang hidung aku), bila game kedua berlangsung aku tak mampu memecah rekod itu, biasalah budak baru dan aku cuma dapat 126 mata...bila di tambah aku mengumpul mata sebanyak 283.... dan kumpulan aku (jiju, muiz, safwan) menang pada malam tersebut... yg paling aku tak lupa aku score 6 strike 14 spare (telah dicampur kedua2 game)

bukan setakat aku jer yg tersenyum lebar kepuasan bermain, budak baru yg kedua si jiju yg aktif pun bukan main bergaya lagi pada malam tu... de banyak spare, setiap balingan pun tepat jer, namun hairan, kebanyakan balingannya tak menjadi pada balingan pertama, tapi balingan kedua de sangat mengujakan....kadang2 tak kena langsung pada balingan pertama, tapi de spare dengan strike terus pada balingan kedua....huhuhu

(bowling adalah game bila pin tidak semua berjaya dijatuhkan pada balingan pertama, maka pemain di benarkan utk baling sekali lagi bagi menjatuhkan saki baki pin yg tinggal, namun cume 2 balingan sahaja yg di benarkan....)

budak baru ke-3 adalah si askar kenit keme!!! nak tergelak ngan aksinya, macam2 gaya yg di pamerkan tapi setiap balingannya menjadi pulak tu... ade beberapa strike dan spare, gaya de yg terduduk sangat lucu... sebelum membaling bola punyalah stail, tapi bila dekat ngan papan tu, berhenti sekejap pastu baling..bukan baling terus macam pemain 2 lain....

tapi gaya terbaik di menangi oleh si safwan, masyuk abes macam pemain pro, tapi kalah gak ngan aku...hahahahahaha (bangga lagi)

kesian pulak kat shazni pada malam tu tak dpt nak perform.. ajak masuk kumpulan aku taknak, nak jugak satu kumpulan ngan dak 'marsah'...hahahha padan muka! tahniah kat de jugak sebab tak putus asa dan de berjaya strike juga pd game kedua....

watak-watak pada malam tersebut:

Geng satu:
1) shazni
2) herman (x men)
3) jiju
4) redhoo
5) max (masuk satu balingan bahagian jiju)

Geng dua
1) muiz
2) tajol (ambik bahagian aku at last balingan game ke-2)
3) jenol
4) topek (x men)
5) keme

Geng tiga:
1) poji (jeles dan tak percaya aku x pernah main sebelum ni.... hahaha)
2) aku (man of the match, top scorer, winner of the night :P)
3) nadia
4) fatin

Safwan malam tu terus balik rumah dan de datang ngan moto, dengan setianya menunggu kami dalam keadaan bengang di depan flaminggo, ampang....

Walau apa pun malam tu cuma meraikan tugasan kami, dan mengeratkan lagi hubungan sesama kami, kami makan di taman melati dan terus balik. Selepas isyak aku terus terbungkam.... krooooooooohhhhhh.... kenangan yg aku tak kan lupakan..

RS: ade bakat aku men bowling rupanya...hahahahaha buleh ah apply jadik atlit ni... sayang gambo takder ngan aku, kalu tak aku dah upload dah bagi korang jeles ahahahah, tapi sedih tak dapat tolong dak2 nek trak angkat barang... sori ek semua..... love u alll... jumpa di medan dakwah lagi ek.... take care dan terima kasih buat UNITEN dan Marsah kerana sudi bersama kita menguatkan jentera dakwah di Pos Pelantok....
*************************************************************************************

FOKUS!!!


Besar gambar fokus kat atas ni kan? Oklah, apa sebenarnya fokus? Fokus sebenarnya adalah ketelitian, ketekunan, komimen akan suatu yang telah di amanahkan...

Berbalik kepada kes fokus ini, adakah kita fokus tentang kerja kita? Contoh yang mudah fenomena di alam persatuan, di mana selepas kita berikrar utk setia dan bekerjasama dalam satu2 persatuan di masa AGM (annual general meeting) (1). Setiap apa yang diikrarkan adalah amanah yang pastinya kita tau bahawa amanah adalah benda yang wajid utk kita tunaikan bersama.

Di dalam hadith juga ade termaktub bahawasanya golongan orang munafik ini mempunyai ciri2 seperti berikut:

1) Bila berjanji dia memungkiri. Cth peristiwa:--> Meeting. Seperti yang yang di janjikan bersama meeting akan diadakan pada pukul sekian-sekian, namun masih ade yang tidak tepati masa seperti mana yang telah ditetapkan pada meeting terdahulu. Ianya berkecuali pada yang memaklumkan perihal kelewatannya.

--> Program. Banyak benda yang berlaku sebelum semasa dan selepas. Kita asyik memungkiri masa yang di tetapkan. Ianya kerana apabila kita telah berjanji dan bersetuju akan menyertai program dalam masa yang sama kita tidak dapat tidak akur dengan undang2 program. Masa perlu tepat dan sebagainya. Fikirkanlah...

2) Bila bercakap dia berbohong. Cth peristiwa:--> Setiap kali mengutarakan jawapan yg tidak pasti jgn sesekali kita menjawab dgn pasti. Jelaskan walaupun pahit.--> Jgn bercakap benda yg tidak ada, kurangkan mengarutkan, banyakkan ilmiah--> kadang-kadang apa yg kita amalkan tak serupa apa yg kita syarahkan pada kawan2 baru, jadik hati2lah, prove it first before you strt talkinng, ni banyak berlaku dalam mana2 society, namun yg pasti ia akan memberi kesan yg sangat buruk....

3) Bila diberi amanah, dia khianat. Cth peristiwa:--> inilah tajuk utama. Pengkhianatan berlaku di mana2 tanpa sedar. namun yg pasti di dalam persatuan ataw jamaah ianya adalh barah yg cukup marbahaya!

--> Amanah di dalam biro. Pernahkah anda terfikir akan kualiti biro akan membantu Persatuan? adakah anda terfikir kualiti dan pencapaian biro bakal meninggalkan kesan yang sangat positif kepada ahli dan persatuan? Adakah anda terfikir utk membantu kelab melalui keaktifan biro menjalankan program? Amanah ini akan terbengkalai bila kita sudah berasa selesa dengan jawatan. Yang bawah kita pejamkan mata, yang atas duduk dengan selesa. Ingatlah selagi jawatan ini amsih belum dilepaskan, setiap titik dakwat dosa akan terus tercatit, ianya kan terpadam dengan titik peluh demi melaksanakan sesuatu bagi pembangunan jama'ah.

--> Amanah dalam memegang persatuan. Berat sangat. Ianya memrlukan tenaga kawan-kawan. Ia memerlukan semangat kesetikawanan. Ia memerlukan komitmen. utk kekuatan ia memerlukan sokongan dari pelbagai sudut dalam persatuan.

Pernahkah anda teringin dan terfikir kesan2 daripada fokusnya kita pada persatuan akan memberikan kita nikmat seperti di bawah?
a) Nikmat bersahabat dan berukuwahb) Nikmat kejayaan dan kegagalan bersamac) Nikmat suka dan duka bersamad) Nikmat dalam kebersamaan dalam kelab


Adakah anda rasa anda komited?Komited dalam program lain dengan komited pada kelab.. Komited berprogram cuma ada pada program sahaja. namun ianya berbeza dengan komited pada kelab. Komited pada kelab akan memberi kita seribu satu kepuasan yang tak pernah kita hadapi selama ini. Nak tau keadaan komited dalam kelab bagaimana?

--> komited dalam kelab akan membuatkan anda begitu bersungguh dalam running the kelab bersama. Program bersama setiap masa, pelbagai isu dapat di rungkai bersama. Tiada gap, ko tua ko muda, tiada gap ko berpengalaman dan ko tidak... Yang pasti akan sesetengah orang akan cop kat muka anda "budak COMRADE". Dan lahirlah perkatan2: Asyik2 COMRADE! Asyik2 COMRADE! itu bukan ayat memalukan tapi itulah satu kejayaan dalam pembentukan identiti anda sebagai comradean.. sejarah COMRADE itu sendiri telah membuktikan.. namun orang dulu2 tak pernah malu bahkan bangga dan itulah yg menguatkan mereka sampai sekarang...

Perkara2 di atas bukan di tujukan pada siapa2 namun pada aku sendiri.. motivate ourselve is a best cure, Allah takkan mengubah kita selagi kita sendiri tidak mahu mengubah diri sendiri....____________________________1) Agm adalah event yang melambangkan peralihan AJK Tinggi persatuan

Friday, April 17, 2009

aku pun pilih yahooooooo!!!!!!!!!!

kenapa? yahoo pilihan pok ma sebab abes exam. dan aku lak yahoo sebab abes exam gak....huhuhu semalam adalh detik terakhir aku melangkah ke cac demi menjawab beberapa soalan buat kali terakhir. dan aku dgn jayanya berjaya menjawab sambil membuat posisi yg sangat bergaya. ahaks, dan jugak lagi yahoo adalah man u berjaya melangkah ke semi final buat kali kedua berturut2...dan akan melawan arsenal.

huhu, dan lagi berita gembira buat comrade, duit akan di tambah sebanyak RM9,400.00 lagi oleh Rakan Muda bagi menjayakan program Wawasan Desa Ipt yg akan berlangsung pd 24-26 /4/2009.... penjelasan buat wawasan desa Ipt:

ok, mungkin akan ade yg salah faham dan memahami nya sebagai program yg lalu yg mendapat reaksi yang kurang memuaskan dari banyak pihak. untuk kali ini, aku telah bersetuju adalh kerana sebab-sebab ini;

1) program adalh 100% daripada kita.

2) tambahan bajet yg buleh membantu kita menyelesaikan masalah aset. alhamdulillah

3) tiada tambahan peserta dalam program ini, cume akan ade wakil dar rakan muda mungkin seramai 3 orang utk menyelesaikan report utk rakan muda.

4) mercu tanda dan banner utk wawasan desa ipt pihak rakan muda akan uruskan....

5) bonus utk catering pada majlis kenduri penutup, korang tak payah buat kerja kerana akan ade catering yg akan uruskan....

jadik program 20-23 adalah community service : islamic practical teaching for Orang Asli dan 24-26 bertukar menjadi wawasan desa ipt: islamic practical teaching for orang asli (community service)... nama bertukar namun nature adalh nature dakwah kita...... selamat berdakwah..... no more confusion.......sekian..... all the best for all comradean for ur exm and works....

Friday, March 6, 2009

posting utk aku dan comrade

semakin kita melangkah semakin berat kita menanggung tanggungjawan yg di amanahkan. tapi aku rase ringan jua kerana aku sedar aku punyai ramai kawan yang memegang dan menolong aku membawa amanat ini....

comrade? comrade satu society atau kelab yg banyak mengajar aku siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. tapi aku tetap berkawan dengan org yg aku lawan, kerana aku taw bila aku berikrar utk mempertahankan comrade aku juga mempertahankan orrg2 yg bergelar comradean walaupun dirinya sendiri sudah tawar dgn comrade. aku tak kisah sebab aku masih ade org yg sygkan comrade.

apa2 pun aku taw mungkin selera sudah berubah, kita takder keseronokan utk menaiki land rover tatkala masuk kampung namun aku cuma taw keseronokan berdakwah bila bersama dalam kepahitan, dan cita2 aku ingin melihat kita menangis bersama dan gembira bersama, walaupun dengan berjalan kaki kita tetap teguh membela fokus kita....

dan comrade yang dahulu akan kembali....

comrade yg dulu bercahaya kembali

jika kita sedar yg kita semua sudah berjanji utk mempertahankan comrade tatkala bai'ah di lakukan.....

chow dulu! comrade forever...dan aku dapat pertahankannya cukup sedekad sebelum tenure baru ambil alih!!!
Sunday, February 1, 2009

BEST SGT!!!

thanks to my new members yg sudi utk memuji lagu COMRADE yg baru ni... ha kalu korg nak tau lirik adalah gabungan org2 yg sudah lama dalam comrade (max), pertengahan lama(sarip) dan baru (dudu)... korg memang superb ah...thanks frens...

utk yg telah menjadi golongan pertama yg menyanyi lagu aku aku ucapkan tahniah, dan slmat berjuang..aku tak sangka begitu excited sampai ulang2 4 5 kali..memang puas smpai skit tekak aku...

aku tak lupa ingin memngucapkan tahniah kat barisan ug bekerja utk DRIC kali ini, dan first time i enjoy the program, dan aku dpt rasekannya...memang best giler.

aku nak amek kesempatan gak utk memohon maaf kalu aku ade wat salah dan silap...apa2 pun aku memang percayakan or2 aku, dan aku sangat tabik dorg kerana dorg hebat.. teruskan kehebatan, namu org hebat ade jatuh bgnnya, cuma jgn lalai dan fokus, dan jgn ptus asa...cukup ah tu... kalu jatuh bgn ah balik kan....
Thursday, January 22, 2009

hehehe....

aku telah ditakdirkan berada dalam perjuangan... alhamdulillah aku syukur sangat2...aku jugak bersyukur kerana mempunyai sahabt2 dalam perjuangan jugak.... best sangat! best sbb aku dpt rase bhw diri ini terlalu kerdil jika dibayangi ngan kekuasaanMu ya Allah. huhu...

detik malam esok dan ptg esok akn bermulalah sesi pengembaraan sahabt dari UIA untuk melaksanakan tanggungjawab seorag khalifah (salah satu ah sbb tgggungjawabnya banyak) berdakwah atas tiket Islam. ye, program yg banyak dianjurkan oleh ABIM ini adalh sesi dakwah dan tarbiah mereka dalam memartabatkan agama Allah ini.

program kali ini bertempat di pos brooke yg kiranya pernah lah jugak aku smpai walaupun tak sekerap shabat yg lain kerana komitmen aku di semakin bertimbun...kalu lah aku dan macam ko ja'a alangakah indahnya hidup, cume study dan kuar berdakwah.... aku kini mempunyai komitmen memastikan COMRADE juga terus hidup ngan kekuatan rohaninya... tunggak dan tunjang kehidupan kita....

kalu nak bercerita secara lanjut akan perihal pos brooke layarilah laman sahabat aku yg sorang ni... click Ja'a! huhu de ada entry utk tau kat mana pos brooke berada....

yg pastinya kehidupan kita adalh perjuangan, perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Jali, ko kena sabar... mungkin inilah step ko yg seterus nya... ko sedang menaiki tangga perjuangan hidup dan juga falsafah... ko kena kuat, mungkin banyak lagi dugaan yg akn membuatkan hati ko menangis mcm sekarang ni, tapi mungkin lagi dahsyat dari hari ini... tapi kena jadik gagah... gagah dalam erti kata sahut cabaran hidup! hidup memang berisiko, jadik amek risiko sbg pelajaran baru utk ko! pedulikan andai ko arse benar! pedulikan andai ko rase betul! amek yg untung buang yg rugi! untung utk akhirat rugi utk binasa....ingat jali! ingat tu.....
Saturday, January 17, 2009

singgap jap..

Assalamulaikum.....

alhamdulillah, aku baru balik dari program ala 'tumpang' demi untuk kaut ilmu kepimpinan yg berlangsung di Pulau Mutiara, Penang. Aku bertolak dalam pukul 11.30 mlm (janji dalam pukul 11, bese ah tu...) dengan unser (mcm tu ke eja nama kenderaan yg agak besar ni?) yg telah memuatkan 3 org presiden yg berjiwa besar, iaitu Aku ( COMRADE), Fahimi (CARING CLUB), dan Ikhwan (AKHI & V.PRES CENSERVE) dgn riuhnya. Memang seronok bile di maklumkan bahawa kami akan melihat satu bentuk presentation ala corporate yg akan dibentang kan oleh BP Gemilang, dan aku rase aku ingin belajar seuatu daripada mereka ni....

pada dasarnya kami memahami hakikat kami adalah sekadar penumpang, jadi tidak terlintas langsung kami dibenarkan untuk tidur dalam 1926 Heritage Hotel sekitar George Town, dan tak terlintas juga untu bersantapan ngan dorang, almaklumlah kami cume attand utk sesi presentation itu shaja... Alhamdulillah, syukur pada Allah dan bebanyak terima ksih kpd presiden Gemilang iaitu Syah dan jugak mantannya Abg Hafiz yg menyediakan tempat dan layanan yg sangat best aku kira, walaupun kami cume stay utk setgh hari sahaja...ilmu yg kami perolehi memang kami hargai sangat2..thanks to gemilang...

Memang ala corporate, kerana BP adalah badan corporate yg banyak mendidik mereka... namun apa yg aku ingin ckpkan adalah pemantapan management dan sistem KPI (key performance indicator) yg mereka gunakan utk kelab dorang..aku teruja ingin mencubanya dalam COMRADE, tapi aku perlu buat secara perlahan2...

Cthnya, graph performance. Dalam KPI sesuatu Club, graf performance sgt penting. Ia adalah bertujuan utk kita terus meningkatkan mutu modul kita dan sentiasa mengesan kelemahan modul yg kita guna pada setiap program. Kita boleh buat history within 3 years punyer research. Berpandukan graf yg kita reka kita buleh mengesan peningkatan dan penurunan dari segi :

  1. kadar bilangan penduduk sesuatu kampung
  2. kadar penduduk yg memeluk Islam
  3. peningkatan infrastruktur, ekonomi
  4. pencapaian dalam akademik sesetgh sekolah org asl
Lagi, penekanan pada bajet tahunan. Kita buleh membahagi bajet kita pada 3 column mengikut setiap nama program. Column pertama, bajet kasar. Column kedua, bajet yg direduce mengikut kemmpuan dan kajian, dan akhirnya column bajet approved by s-dev. Dan setiap bajet pd column ketiga akan di'link'kan pada details program each bajet, supaya nampak kemas dan tersusun. Apa-apa pun perlukan perbincangan khusus dgn bendahari.end.

Apa yg lebih penting adalah pengenalan kpd target kita untuk tenure ini. Perlu lebih jelas dan practical. Objektif perlu jelas, dan misi serta visi perlu kuat. Semua ini akan di masukkan ke dalam Comrade Corporate Profile.

Penekanan kepa RnD sgt penting untuk barisan tenure kali ini. Bagi memulakan balik fasa yg benyak tertinggal pada tenure lepas amatlah berat dan sukar, namun aku percaya setiap barisan utama Comrade pada tenure kali ni penuh ngan semangat kebersamaan dalam segala hal. Aku memang percayakan mereka sebab itu aku tak merasa bimbang. Demi untuk menampung keperluan kewangan, insyaAAlah kemantapan dari segi sponsorship harus diperkuatkan lagi. apa yg penting? KERJASAMA! Apa yg penting, updatekan procedure terkini, dan CORPORATE PROFILE mesti lebih elegant dan jelas misinya.

Oops lupa! REsearch team sudah ditubuhkan serta merta, yg sudah dipertanggungjawabkan kpd biro RnD. Antara tugas-tugasnya:

  1. melakar graf persembahan program (mengikut kajian selama 3 tahun -2007/2008/2009
  2. melakar graf kajian (carta bar/pie) pertambahan penduduk, pengurangan penduduk di kampung2 tetap yg kami pernah masuki, juga pada kajian history 3 years
  3. dan menyediakan report kajian sebaik sahaja program berakhir (for s-dev and JHEOA)

Sebarang info terkini akan di updatekan utk ahli2...

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake