Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, October 13, 2011

Travelog 254: Institusi Sukan di UIA

Wah, dah lama tidak menulis mengenai sukan-sukan, bola bola ni. Baiklah kali ini aku nak bercerita tentang pembangunan bola sepak yang rancak dicakapkan di https://www.facebook.com/pages/Revolusi-Harimau-MalayaHMC/210993882300674. Di sini kami bersama-sama memberi idea kepada HMC supaya kertas kerja dan memorandum berjaya disampaikan kepada FAM, paling tidak pun, aku ingin mengingatkan satu kumpulan yang agak besar jumlah nya akan berhimpun secara aman, mungkin di depan Wisma FAM.Tengoklah nanti ya?

Aku kali ini suka untuk bercerita tentang arena bola sepak di universiti. Aku suka melihat perkembangan Liga IPT yang dijalankan serta penglibatan universiti di Liga Tempatan seperti USM Fc di Liga Perdana. Namun begitu, perkembangannya agak perlahan dan seolah-olah ramai yang tidak tahu akan kelebihan mempunyai satu pasukan universiti. Mungkin kerana tidak banyak kelebihannya sekira memandang kepada penglibatan USM Fc.  

Aku adalah bekas pelajar UIAM, Gombak. Di mukabuku HMC, kami berbincang mengenai transformasi liga Malaysia. Ye, boleh dikatakan kami sudah tidak mahu negeri yang bertanding, mengapa tidak mewujudkan kelab bola sepak di mana menggantikan perkataan negeri pada setiap pasuakn. Contoh, Kelantan FA kepada Kelantan FC. Ataupun untuk memperbanyakkan lagi pasukan, daripada sebuah negeri baik kita menggalakkan pertumbuhan kelab bola sepak bandar-bandar. Bandar-bandar utama banyak, seperti Kuantan, Kota Bharu, Besut, Setiu, Kuala TErengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi boleh diketengahkan. 

Oleh kerana setiap institusi berada di bandar-bandar tersendiri, mengapa tidak ada inistiatif untuk institusi berkenaan menarik perhatian komuniti berhampiran dengan menggunakan medium bola sepak. Aku bercakap begini kerana di universiti mungkin sudah ada stadium bola sepak dan ianya jauh lagi baik serta sesuai untuk satu-satu pertandingan bola daripada menggunakan padangs ekolah atau padang di taman-taman. Aku maksudkan di sini adalah prasarana tempat duduk penonton dan jalan masuk yang memerlukan jalan utama.


UIAM juga tidak ketinggalan dalam hal ini sepatutnya. Di sini memang aktif malahan  tenaga pemain 'import' yang berkelana dalam menymbung pelajaran juga boleh membantu. Namun bagaimana untuk mengaitkan dengan komuniti? Aku teringat dengan satu bengkel tentang CSR atau "Corporate Social Responsibility among the institutions". Pada waktu itu, ada seorang 'mat salleh' daripada Australia yang membentangkan bagaimana institusi pendidikan di sana terlibat dengan komuniti. Maka dia menyebut tentang University of Sydney dan kerjasama mereka dengan Sydney FC. Di universiti berkenaan ada terdapat kurus Sains Sukan, maka mereka mengambil initiatif untuk sama-sama terlibat dengan Sydney FC dari segi penyelidikan dan sebagainya. Malahan University  of Syney juga menjadi salah satu kuasa penting di dalam pasukan Sydney Fc.

Kita berbalik kepada UIAM. Aku akui di sini tidak ada kursus Sains Sukan seperti di UITM atau di mana-mana. Namun begitu itu bukannya satu halangan. Seperti mana di Jepun, mereka mengajar tentang 'football management' sejak sekolah rendah lagi. Setiap peringkat institusi mereka mempunyai budaya yang sama iaitu FOOTBALL CLUB. Di sekolah rendah , mereka bukannya menjadi pasukan sekolah yang dipilih oleh guru pjk dan training sahaja seterusnya mewakili sekolah. Di sana, mereka mewujudkan kelab bola sepak persis kelab bahasa melayu, kelab bahasa inggeris dan macam-macam kelab lagi. Mereka ada pengurus daripada kelangan pelajar sendiri, dan penasihatnya adalah guru. Peringkat Sekolah menengah pun sama keadaannya.Boleh rujuk mana-mana anime dan bertanya kepada rakan yang belajar di sana.

Setiap IPT juga boleh melakukan hal yang sama. Di UIAM ada juga namun ianya diletakkan dalam subjek kemahiran hidup iaitu "Skill Subject" di mana setiap pelajar wajib memilih subjek kemahiran hidup seperti bola sepak, rekreasi, memasak, pengurusan masjid, khidmat masyarakat dan lain-lain. UIAM juga boleh mewujudkan sebuah kelab bola sepak yang dinaungi oleh Director of Sport UIAM. Di sini, pelajar akan turut merasai budaya bola sepak di universiti. Bahagian sukan UIAM wajar untuk menganjurkan sebuah liga tetap setiap tahun. Jabatan ini juga menetapkan dan memilih jurulatih untuk melatih skuad ini yang rata-ratanya dipilih berdasarkan prestasi mereka di dalam liga UIAM.

Setelah kita berjaya memilih yang terbaik, kita boleh membuat beberapa skuad, di mana untuk meyahut cabaran MASKUM, dan juga berupaya untuk mewujudkan satu lagi pasukan yang akan bertanding liga tempatan. Ini baik untuk penjenamaan UIAM sebagai universiti yang maju dalam segala hal. Okey, apabila sudah berupaya masuk ke arena liga tempatan di sinilah peranan profesional in management diterapkan. Kita ambil contoh liga-liga maju di mana unsur komersial, penyokong menjadi isu. Oleh itu, UIAM harus mengambil langkah bijak di mana menamakan skuad ini dengan mengambil nama daerah di mana UIAM ini berpijak. Di mana lagi kalau tidak di Gombak. Maka, roadshow akan dilakukan dengan memperkenalkan kepada komuniti Gombak tentang pasukan ini. Kita boleh pergi ke Giant serta batu Caves untuk memperkenalkan pasukan ini di samping memasuki ruangan media massa untuk memberitahu kepada semua komuniti Gombak, bahawa pasukan UIAM ini mewakili kawasan Gombak. Maka stadium akan dibuka untuk semua orang awam yang tiggal di sekitar. Duit tiket pun dapat di samping mendekatkan UIAM kepada masyarakat.


Maka, dari sudut keselamatan akan diambil kira dengan menggunakan Pegawai keslematan UIAM dan juga gabungan pihak berkuasa tempatan. Percayalah, tidak lama selepas itu, akademi pertama UIAM untuk para pelatih bola sepak dibuka untuk kanak-kanak seawal umur 7 tahun lagi. Barisan pegawai Sukan UIAM juga akan bertungkus lumus mencari penaja dan GOMBAK FC berupaya untuk memberi peluang pekerjaan kepada banyak pihak. Di sinilah keuntungan yang derolehi baik dari segi pemain dan juga pihak pengurusan. Kelab ini memang didaftar di bawah Jabatan Sukan UIAM, namun pengurusan bola sepak pula oleh entiti yang berlainan. GOMBAK FC akhirnya dibeli oleh seorang jutawan Malaysia, dan dengan hasil tajaan nya stadium UIAM berjaya dinaik taraf. Dan sekali lagi UIAM mendapat nama sebagai sebuah universiti pertama di malaysia yang mengendalikan sebuah kelab bola sepak secara profesional. USM? Err, selagi ianya hanya untuk USM dan warganya maka ianya seperti mewakili sekolah. Kita harus memandang lagi jauh sekiranya ingin memasuki gerbang Liga-M. Oleh kerana LIGA M pun tidak ada dasar yang jelas ke arah kerja yang profesional maka sesiapa pun boleh sertainya.

p/s: angan-angan yang reslistik untuk dijelmakan sekiranya budaya sukan pada setiap warga Malaysia berada pada tahap yang tinggi!

1 orang jawab:

burn-the-red-bean says:
at: October 14, 2011 at 12:35 PM said...

Asalamualaikum...cadangan anda menarik dan saya sependapat dgn anda. Sbg contoh..skrg saya duduk di Kuching. Disini ada diwujudkan liga tempatan sebagaimana di tempat lain. Yang paling menarik adalah penglibatan dripada badan korporat ataupun syarikat besar seperti Sarawak Energy FC/Brooke Dockyard FC. Kalaulah pasukan-pasukan ini boleh membentuk satu pasukan yang profesional yang bermaksud kelab ini akan mempunyai akademi bola sepak sendiri, fasiliti yang lengkap dan pihak pengurusan kelab yang baik, saya pasti keadaanya pasti berbeza. Ia akan memberi faedah kepada komuniti tempatan dan sudah pasti Pasukan ini juga mendapat pulangan yang cukup baik dari segi sokongan komuniti/sumbangan atau dana dan seterusnya mengembangkan lagi kelab ini ke peringkat yg lebih tinggi. Lihatlah di Jepun di mana syarikat-syarikat besar/badan korporat yang memainkan peranan penting di dalam pembentukan liga-J. mereka bermula dengan pasukan kilang dan hinggalah sekarang mereka bertaraf profesional.

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake